‘Thong EK The Herbal Master’ Drama Thailand Yang Menghiburkan 2

‘Thong EK: The Herbal Master’ Drama Thailand Yang Menghiburkan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ramai yang menyukai drama dari Thailand kerana genre yang dibawanya lebih santai biarpun genrenya ialah genre seram.

Jika anda mahu mencari drama Thailand yang menghiburkan, kami cadangkan untuk anda menonton Thong Ek: The Herbal Master.

Mengisahkan mengenai seorang doktor berpengalaman, Thong In yang memiliki seorang cucu, Thong Ake yang mahu menjadi seorang doktor tradisional seperti atuknya.

Satu hari, salah seorang daripada pesakit Thong In meninggal dunia. Menyalahkan diri atas apa yang berlaku, Thong In tidak mahu apa yang beliau rasai dan lalui dihadapi oleh Thong Ake.

‘Thong EK The Herbal Master’ Drama Thailand Yang Menghiburkan 1

Dalam usaha membuktikan kepada atuknya bahawa beliau mampu menghadapi dugaan bergelar doktor, Thong Ake bertemu dengan seorang gadis, Chaba yang turut berminat dengan dunia perubatan tradisional.

‘Thong EK The Herbal Master’ Drama Thailand Yang Menghiburkan

Dibintangi pelakon hebat Thailand, Mario Maurer dan Kimberley Anne, anda boleh tonton drama 14 episod ini di Netflix.

Sebelum itu apa kata anda tonton dahulu trailer drama Thong EK: The Herbal Master di pautan bawah terlebih dahulu: