
‘The SpongeBob SquarePants Movie’ Dianggap Ganas Untuk Siaran Indonesia
Siri animasi televisyen popular The SpongeBob Squarepants ini memang selalu ditunggu-tunggu tayangannya terutama dalam kalangan kanak-kanak.
Di Malaysia, animasi ini sering ditayangkan di stesen-stesen televisyen tidak kiralah sama ada dalam bentuk siri mahupun filem tanpa sebarang isu. Namun, berbeza pula di Indonesia apabila Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI) mengeluarkan surat amaran kepada stesen televisyen tempatan kerana menyiarkan filem The SpongeBob SquarePants Movie.
Penyiaran menerusi filem tersebut dianggap melanggar kod etika dan standard program yang kerana mengandungi aksi ganas seperti memukul muka dengan kayu, menjatuhkan bola boling di atas kepala, melontar penukul ke muka dan membaling pasu kaktus menggunakan raket.
KPI ialah agensi yang meneliti dan membuat keputusan sama ada sesebuah siaran TV atau filem itu sesuai untuk ditayangkan atau tidak, fungsinya lebih kurang sama dengan Lembaga Penapis Filem di Malaysia.
The SpongeBob SquarePants Movie disiarkan pada 22 Ogos lalu (siaran kali kedua) di saluran GTV. Selain filem animasi itu, KPI turut memantau sejumlah tayangan lain seperti Ruqyah, Obsesi, Headline News, DJ Sore dan Fitri.
KPI juga menghantar surat amaran kepada 13 program televisyen lain sebagai amaran jika menyiarkan program yang dianggap tidak bersesuaian.
Susulan itu, KPI dikecam netizen Indonesia atas teguran terhadap stesen televisyen mengenai penapisan program televisyen berkenaan. Pengarah terkenal Indonesia, Joko Anwar, turut menyifatkan penilaian dikeluarkan KPI sebagai tidak lagi boleh diyakini.
Gandingan mantap.
Kolaborasi Robert De Niro & Martin Scorsese
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.