The Simpson Ramal Richard Branson Ke Angkasa Lepas

The Simpsons Ramal Hartawan Richard Branson Pergi Ke Angkasa Lepas 7 Tahun Lalu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sitkom animasi terkenal Amerika Syarikat (AS), The Simpsons telah sekian lama dilihat sebagai peramal peristiwa pada masa depan.

Pada kali ini, The Simpsons mencetuskan spekulasi baharu apabila netizen berkongsi satu paparan imej animasi itu yang mana satu karakter mirip hartawan Britain, Richard Branson sedang terapung di dalam kapsul angkasa.

Imej itu dikatakan daripada sedutan salah satu episod The Simpson musim ke-25 yang berjudul ‘The War of Art’ yang ditayangkan pada 23 Mac 2014.

Pada 12 Julai lalu, Virgin Galactic menjayakan misi pertama ke angkasa lepas dengan membawa pengasasnya, Richard Branson sekaligus menjadikan beliau hartawan pertama ke angkasa lepas.

“Bagaimana rancangan The Simpson boleh meramal setiap perkara?” soalnya.

Namun, adakan benar-benar The Simpsons mampu meramalkan masa depan?

Menjengah di ruangan komen, seorang pengguna Twitter tampil memberi maklum balas, “Saya rasa kartunis mereka mempunyai imaginasi luar biasa, yang mana ia kini menjadi realiti”.

The Simpson Ramal Richard Branson Ke Angkasa Lepas
Sumber: Insider

Satu pendapat menarik mengenai ‘ramalan’ ini, pengasas syarikat Virgin Galactic sudah lama mengatakan impian perjalanan ke angkasa lepas sejak menubuhkan syarikat itu pada tahun 2004.

Dapat disimpulkan bahawa The Simpsons bukanlah peramal masa depan seperti yang selalu digembar-gemburkan. Mereka hanya memasukkan apa jenis peristiwa pada masa lamapu yang mungkin kebetulan berlaku pada masa depan.

Branson berjaya mengalahkan Jeff Bezos dan Elon Musk, dua lagi hartawan yang mempunyai syarikat angkasa lepas peribadi.

Kejayaan membawa jumlah krew penuh VSS Unity ialah kemuncak syarikat untuk menawarkan pengalaman ke angkasa lepas oleh syarikat swasta.

Sejak ditubuhkan sebanyak 600 pelanggan sudah membayar $250,000 sekepala untuk pergi ke permulaan angkasa lepas yang selama ini tiket menelan ratusan juta ringgit oleh agensi angkasa lepas Rusia Roscosmos.

Sumber: NYPost