
‘The Secret Life Of Pets 2’ Tandingi Filem ‘X-Men: Dark Phoenix’ Di AS
Jika anda tertanya-tanya filem yang sedang hangat ditayangkan buat masa ini ialah X-Men: Dark Phoenix dan filem animasi The Secret Life of Pets 2. Anda sudah menonton kedua-dua filem ini?
Mengejutkan, filem animasi The Secret Life of Pets 2 berjaya menjadi filem pecah panggung di Amerika Utara pada minggu ini dengan anggaran $47.1 juta AS walaupun memperoleh kurang separuh daripada filem pertama Pets pada tiga tahun lalu.
Menurut Variety, ia berjaya menandingi filem Dark Phoenix apabila hanya memperoleh $33 juta AS. Ia menunjukkan prestasi terburuk dalam sejarah filem francais X-Men dan jauh daripada jangkaan.
Dikatakan sebagai filem terkahir dalam siri X-Men, Dark Phoenix membawa anda watak-watak yang mempunyai kuasa luar biasa Phoenix. Dibintangi James McAvoy, Sophie Turner, Jennifer Lawrence, Michael Fassbender dan Jessica Chastain.
Apa komen anda?
Sumber: The Sun Daily
Kehilangan yang dirindui.
P. RAMLEE : Seniman Tanah Air Tiada Ganti
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.