
The Pocket Rocketman Dinobat Sebagai Raja Pecut Asia Selepas Catat Rekod Masa Baharu
Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang atau juga dikenali sebagai The Pocket Rocketman hari ini mencatatkan satu lagi rekod yang membanggakan apabila dinobatkan sebagai Raja Pecut Asia di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2020.
https://www.instagram.com/p/B331LWdBc_J/
Acara yang berlangsung di Korea Selatan bermula 17 hingga 21 Oktober di Velodrom Pusat Latihan kebangsaan Jingcheon ini menyaksikan kebangkitan beliau yang pada awalnya tewas pada pusingan pertama dan kembali menyinar dalam pusingan kedua sehingga mengheret kepada perlumbaan pusingan penentuan.
https://www.facebook.com/azizulawangofficial/videos/1188318928029290/
Azizulhasni berjaya menewaskan pelumba dari Jepun, Yuta Wakimoto dengan mata 2-1 dengan rekod masa 9.977 saat, iaitu yang keempat terpantas pada pusingan kelayakan selepas menghadiahkan pingat perak untuk negara dalam acara keirin lelaki individu pada Jumaat lalu.
Seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom pula tewas 0-2 kepada pelumba Jepun, Tomohiro Fukaya dalam aksi penentuan pingat gangsa dengan rekod masa 10.159 saat pula menduduki tempat keenam.
Untuk kategori junior pula, Ahmad Safwan Ahmad Nazeri juga terlepas dalam mencapai pingat gangsa selepas tewas kepada pelumba India, Rojit Singh Yanglem tetapi berjaya meletakkan diri dalam kelompok lima terbaik dengan rekod masa 10.560 saat di pusingan kelayakan.
Sumber: Astro Awani
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2VnssnlMzx/