
‘The Night Stalker’ Korek Mata Mangsa Untuk Dibawa Pulang Bersama Barang Rompakan
Dalam tempoh masa 14 bulan, Richard Ramirez yang turut dikenali sebagaiThe Night Stalker dilaporkan telah membunuh 13 individu, lima cubaan membunuh, 11 serangan seksual dan 14 kes pecah masuk rumah sekitar California pada tahun 1984 hingga 1985.
Disifatkan sebagai pembunuh paling kejam, Richard berwarga negara Mexico sebenarnya merupakan anak kepada seorang bekas anggota polis dari Juarez yang terkenal dengan sikap panas barannya.
Mula mengenali dunia keganasan sejak kerap meluangkan masa bersama sepupunya, Miguel, Richard tertarik dengan perkongsian cerita-cerita jenayah dari gambar-gambar dari kamera polaroid yang dilakukan Miguel antaranya gambar wanita yang terpisah badan dan kepala.

Bermula dari usia 10 tahun. Richard sudah berjinak dengan dunia ganja dan sering diajar mengenai cara menggunakan senjata oleh Miguel yang pernah menyertai Perang Vietnam.
Pada tahun 1973, Richard mula mempelajari fahaman satanisme selepas Miguel menembak isterinya. Beliau kemudiannya menetap bersama kakak dan abang iparnya. Dari situ, perlakuan Miguel sudah dilihat semakin berbahaya apabila abang iparnya sering membawanya bersama untuk aktiviti menghendap wanita pada waktu malam.
Meningkat dewasa, Richard bekerja di sebuah hotel dan menggunakan peluang tersebut untuk memecah masuk bilik tetamu menggunakan kunci pendua. Beliau kemudiannya dibuang kerja selepas ditangkap kerana cubaan merogol seorang wanita ketika tidur.
Pada usia 22 tahun, Richard berpindah ke California dan pada waktu inilah identiti The Night Stalker terbentuk.
Mangsa bunuh pertamanya adalah seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun. Sebelum dibunuh, Richard telah memukul, merogol, menikam mangsa sehingga mati dan menggantungkannya pada satu batang paip di sebuah bahagian bawah sebuah hotel.

Beliau kemudiannya telah membunuh seorang wanita warga emas dan mengelar mangsa sehingga kepala mangsa hampir putus dari badannya.
Beberapa jenayah kejam lain yang dilakukan Richard adalah mengorek mata seorang wanita dalam cubaan memecah masuk rumah mangsa. Semasa meminta mangsa memberikan barangan berharga kepadanya, mangsa telah mengacukan senapang milik suaminya kepada Richard, namun nasib tidak menyebelahi mangsa apabila senapang tersebut tidak mempunyai peluru.
Berang dengan tindakan mangsa, Richard telah melepaskan tembakan pada wanita tersebut dan memotong anggota badan mangsa menggunakan pisau selain daripada mengorek mata mangsa untuk dibawa pulang bersama barangan berharga yang dicuri.
Pada Ogos 1985, pihak polis berjaya menangkap Richard (pada ketika itu berusia 25 tahun) selepas mengenal pasti cap jari beliau di salah satu lokasi jenayahnya. Pada hari pertama perbicaraan, Richard melaungkan ‘Hail Satan’ sambil menunjukkan tapak tangannya yang sudah diukir dengan simbol pentagram.

Richard menghabiskan masa sekitar 28 tahun menjalani hukuman penjara tidak sempat menjalani hukuman mati dengan gas beracun kerana meninggal dunia pada 2013 (53 tahun) disebabkan penyakit B-Cell Lymphoma yang dihadapinya.
Mengambil inspirasi kisah jenayah Richard, sebuah filem telah dihasilkan pada tahun 2016 bertajuk The Night Stalker lakonan Lou Diamond Philips, Bellamy Young, Chelle Sherrill dan Benjamin Barrett.

Tonton perbualan seorang wartawan bersama Richard:
Trending now



