‘The House Arrest Of Us’ Siri Komedi Filipina Yang Menghiburkan 2

‘The House Arrest Of Us’ Siri Komedi Filipina Yang Menghiburkan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jika anda meminati filem dan drama dari Filipina, pastinya anda tahu tentang kewujudan siri televisyen The House Arrest of Us ini.

BACA: Kemiskinan Desak Rakyat Filipina Makan ‘Sampah’?

Menggandingkan pasangan pelakon kesukaan ramai Kathryn Bernardo dan Daniel Padilla, siri The House of Arrest ini mengisahkan mengenai dua individu iaitu Q dan Korics yang terpaksa menjalani perintah berkurung yang dilaksanakan kerajaan Filipina bersama keluarga masing-masing di rumah akibat daripada wabak pandemik yang melanda.

‘The House Arrest Of Us’ Siri Komedi Filipina Yang Menghiburkan

Q dan Korics yang mahu menjalinkan hubungan yang lebih serius terpaksa berdepan dengan konflik di antara kedua buah keluarga.

Sudah ditayangkan di Netflix Malaysia, apa kata anda tonton dahulu trailer siri 13 episod ini di pautan bawah:

Tahukah anda, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memberi amaran tegas kepada individu yang melanggar undang-undang sepanjang tempoh perintah berkurung boleh ditembak kerana menimbulkan kekacauan.

Katanya, amat penting untuk setiap rakyat memberi kerjasama dan patuh kepada arahan kuarantin kerana ia satu-satunya jalan bagi memperlahan penyebaran wabak COVID-19.

Dengan keadaan yang semakin meruncingkan ini, penduduk perlu mematuhi arahan yang diberikan kerajaan. Tambahnya, perbuatan sedemikian adalah jenayah yang serius dan tidak boleh dibiarkan.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas media melaporkan beberapa kes kekacauan dan tangkapan semalam di kawasan penempatan masyarakat miskin di Manila yang tidak berpuas hati dengan bantuan makanan yang disalurkan oleh kerajaan.

Selain itu, kenyataan Duterte itu bagi melindungi petugas hospital yang didakwa berdepan penderaan fizikal dan diskriminasi ketika menjalankan tugas.

Terdahulu, rakyatnya yang ingkar dengan perintah yang dikeluarkan kerajaan dikunci dalam sangkar anjing yang sempit malah ada juga yang dijemur di tengah panas, menurut laporan PhilStar.