Konsert Terakhir Boyzone di Malaysia

The Farewell Tour, Konsert Terakhir Boyzone Di Malaysia Jun Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Siapa sahaja tidak kenal dengan kumpulan boy band lelaki yang popular pada tahun 1990-an iaitu Boyzone. Kembali menyatu untuk konsert di Malaysia, dikhabarkan acara tersebut merupakan konsert terakhir kumpulan ini.

Konsert The Farewell Tour yang akan diadakan pada 14 Jun 2019 ini bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam. Sesuai dengan nama jelajah kali ini, konsert ini merupakan konsert terakhir sebelum mereka bersara daripada dunia muzik.

Konsert Terakhir Boyzone di Malaysia

Harga tiket yang bermula RM198, RM438, RM588 dan RM688 sudah boleh dibeli di atas talian bermula 6 Mei sehingga 19 Mei dengan diskaun sehingga 5% bagi setiap kategori.

Untuk pembelian tiket, bolehlah lawati laman web rasminya di sini. Ingat, jangan kerana terlampau teruja untuk melihat mereka menyebabkan anda ditipu oleh individu tidak bertanggungjawab.

Sebelum ke sana, jom kita throwback satu lagu popular mereka.

Sampai sekarang masih ongoing manga ini.

ONE PIECE : Manga Paling Laris

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.