Thailand Kuat Kuasa Larangan Merokok Dalam Rumah

Berikutan daripada peningkatan kes kematian perokok pasif, kerajaan Thailand telah menggubal satu peraturan baharu di negara mereka, iaitu larangan merokok di dalam rumah di bawah Akta Pembangunan dan Perlindungan Keluarga.

Sebelum dikuatkuasakan bermula 20 Ogos, para perokok diberikan peluang selama 90 hari untuk menimbang semula tabiat merokok di dalam rumah yang telah membahayakan kesihatan mereka di bawah satu bumbung.

Thailand Kuatkuasa Larangan Merokok Dalam RUmah

Mereka yang melanggar undang-undang tersebut boleh didakwa di bawah mahkamah juvenil atau pun mahkamah jenayah dengan kadar denda yang masih belum ditetapkan.

Menurut laporan daripada Ketua Pusat Penyelidikan dan Pengajian Tembakau, Ronnachai Khongsakon, pada tahun lepas sahaja seramai 8,278 orang mati akibat daripada kesan perokok pasif, manakala 54,512 orang mati akibat penyakit melibatkan tabiat merokok.

Kajian turut mendapati bahawa sebanyak 33% adalah berpunca daripada perokok merokok di dalam rumah yang mana 74% daripadanya merokok pada setiap hari.

Thailand Kuatkuasa Larangan Merokok Dalam RUmah

Manakala menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa hampir 10,000 orang rakyat Malaysia mati setiap tahun disebabkan penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok.

Pada 2018, peratusan lelaki dewasa di Malaysia (49%) yang merokok adalah melebihi kadar jumlah di negara maju lain seperti Britain (38%), Amerika Syarikat (35%) dan Sweden (30%).

Di Malaysia, cukupkah sekadar melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di semua premis makanan sahaja?

Tepuk dada, tanya diri sendiri. Berbaloi ke merokok untuk membahayakan kesihatan diri dan orang sekeliling?

Sumber: Bangkok Post