
TGV Cinemas Tawar Harga Tiket Wayang Hanya RM9 Sahaja
TGV Cinemas Tawar Harga Tiket Wayang Hanya RM9 Sahaja
Boleh dikatakan pawagam di Malaysia kembali ‘bernafas’ apabila sudah beroperasi seperti sedia kala tetapi perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Untuk sepanjang bulan Oktober, pelbagai filem menarik yang ditayangkan di pawagam sama ada filem tempatan seperti Miimaland lakonan Fattah Amin dan filem antarabangsa lain seperti Unhinged yang kini menjadi filem no.1 di Malaysia, Deliver Us From Evil dan banyak lagi.
Bercakap tentang filem, ada berita baik untuk anda yang bergelar ‘kaki wayang’. Salah satu pawagam popular di sini, TGV Cinemas mengadakan promosi pembelian tiket wayang dengan hanya RM9 sahaja!
Promosi tersebut adalah Terrific Tuesdays, boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia di semua cawangan TGV untuk Classic, Deluxe dan Deluxe+ Halls sahaja.
Bagaimanapun, perlu diingatkan harga RM9 hanya untuk filem terpilih sahaja dan promosi tidak tersedia untuk pagawam jenis IMAX, Onyx, Flexound, LUXE, Beaniplex, Plushy, INDULGE, Infinity, Prestige.
Promosi ini bermula pada 29 September 2020 hingga 27 Oktober 2020. Sekali lagi perlu diingatkan, ia hanya tertakluk pada hari Selasa sahaja.
Untuk maklumat lanjut, boleh ke pautan TGV Cinemas.
BACA: Lupakan Pawagam Pandu Lalu, Perancis Kini Perkenal Tonton Wayang Dari Atas Bot
BACA: Perak Negeri Pertama Lancar Pawagam Pandu Masuk Di Malaysia
Trending now



