Filem P.Ramlee TGV

TGV Bakal Tayang Filem Seniman Agung P. Ramlee Sempena Hari Kemerdekaan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-62 tahun ini dan sebagai tanda penghargaan kepada Tan Sri P. Ramlee, TGV Cinemas membawa kembali lima filem ikonik seniman legenda itu di layar perak.

Jika sebelum ini kita hanya dapat menonton filem-filem lakonan seniman agung negara menerusi kaca televisyen, kali ini dapat merasai pengalaman menonton filem itu di skrin besar pawagam. Ia pasti menjadi suatu pengalaman yang menakjubkan!

Tayangan semula filem lakonan Allahyarham P.Ramlee ini menerusi kempen The Gemilang Vibes dan antara filem yang bakal ditayangkan itu ialah Anakku Sazali, Nujum Pak Belalang, Labu Labi, Ibu Mertuaku dan Madu Tiga.

Filem P.Ramlee TGV
Sumber: TGV

Selain itu, filem Paskal dan Adiwiraku turut terpilih untuk ditayangkan semula menerusi kempen tersebut. Kesemua filem ini akan ditayangkan semula bermula 24 Ogos hingga 16 September ini.

Untuk menggamit kenangan lagi, rantaian pawagam kedua terbesar di Malaysia ini akan mempamerkan Sudut Retro Khas bermula 26 Ogos hingga 30 September di lokasi terpilih yang mana para penonton boleh berjalan di lorong peringatan dan sambil mengembalikan kenangan merasai makanan ringan, mainan dan aktiviti ketika zaman kecil.

Mana-mana tiket wayang yang dibeli pada 31 Ogos hingga 16 September juga akan menerima bendera Malaysia. Hanya pawagam TGV tertentu sahaja yang akan menayangkan semula filem-filem terbabit.

Filem P.Ramlee TGV
Sumber: TGV

 

Kalau sudah dibayar, intern perlulah lakukan kerja dengan baik bukan?

Intern Berbayar : PERLU atau TIDAK

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.