Elon Musk Desak Tamatkan Perintah Berkurung Di Amerika Untuk Buka Operasi Kilang Tesla 1

Tetap Degil Mahu Teruskan Operasi Kilang, Elon Musk Umum Bakal Saman Kerajaan Dan Sedia Ditahan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Gara-gara tetap degil mahu jalankan operasi kilang Tesla miliknya, Elon Musk memberitahu bakal menyaman kerajaan negeri California pada Sabtu lalu.

Kilang pembuatan kereta merupakan salah satu operasi perkhidmatan yang dilarang membuka perkhidmatannya sepanjang pandemik COVID-19 kerana berisiko menjadi lokasi penularan wabak tersebut.

Dalam satu siri ciapannya di Twitter, Musk yang tetap degil turut mengugut akan memindahkan ibu pejabatnya keluar dari kawasan tersebut serta merta.

Dalam ciapan hari ini, Musk memberitahu beliau tetap akan meneruskan operasi kilang Tesla dan bersedia untuk ditahan atas perbuatannya.

Musk sebelum ini dikecam hebat susulan daripada mendesak agar perintah berkurung di Amerika Syarikat ditamatkan.

BACA: Elon Musk Desak Tamatkan Perintah Berkurung Di Amerika Untuk Buka Operasi Kilang Tesla

Beliau yang merupakan Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc menyifatkan tindakan perintah itu adalah sebagai fasis dengan menciap satu hantaran bertulis ‘FREE AMERICA NOW’.

Baru sahaja menerima cahaya mata yang diberikan nama X Æ A-12Tesla mencatatkan keuntungan suku pertama di luar jangkaan sebanyak USD16 juta berbanding kerugian USD702 juta yang dicatatkan pada tahun lalu.

 

Tetap Degil Mahu Jalankan Operasi Kilang, Elon Musk Sedia Disaman Dan Bakal Saman Semula Kerajaan
Sumber: Electrek

Setakat ini Amerika Syarikat telah mencatatkan lebih 1.3 juta kes positif dengan kadar kematian seramai 81,795 dan kadar kes sembuh sebanyak 262,225.

Angka kes yang dicatatkan Amerika Syarikat sahaja sudah menghampiri 1/3 angka kes yang dicatatkan dunia setakat ini iaitu 4.25 juta dengan kadar kematian sebanyak 287,293 dan kes sembuh sebanyak 1.53 juta.

Sumber: CNN Business

 

NOTA:

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.