Tun M

Tetap Bantah Sukatan Jawi, Tun M Sifatkan Dong Zong Rasis

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Masih dengan keputusan menentang sukatan pengajaran Jawi walaupun Menteri Pendidikan telah mengurangkan bilangan muka surat daripada enam halaman kepada tiga halaman, Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) disifatkan sebagai rasis oleh Tun M kerana sering menentang dasar pendidikan negara.

Tun M turut menyelar Dong Zong sebagai ‘tidak suka orang Melayu’ kerana ‘terlalu takut’ untuk membiarkan anak-anak mereka bercampur dengan orang Melayu.

BACA: Golongan ‘Jawiphobia’ Perlu Sedar Pengenalan Khat Jawi Bukan Proses Islamisasi

Mereka yang sebelum ini pernah menentang pembinaan Sekolah Wawasan telah menggerakkan kempen mengumpul tandatangan bagi menyatakan tegasan membantah pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Petisyen yang disertai sebahagian pertubuhan masyarakat Cina, lembaga pengelola sekolah vernakular, PIBG dan persatuan alumni serta pertubuhan Tamil itu dikatakan kerana tulisan Jawi mempunyai perkaitan dengan agama Islam, antaranya menyebarkan Al-Quran.

Dong Zong Rasis
Sumber: The Malaysian Insight

Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim berkata pihak mereka menghormati khat Jawi serta budaya Islam dan menyokong usaha perpaduan kaum oleh kerajaan, namun kata beliau Malaysia perlu mentadbir secara sekular berdasarkan ‘kontrak sosial’ yang dipersetujui ketika kemerdekaan negara.

Bagi Lim Kit Siang yang memegang jawatan sebagai Penasihat DAP, gelaran rasis yang digunakan oleh Tun M adalah salah, namun beliau tidak juga menyokong kenyataan Dong Zong yang menyifatkan sukatan pelajaran Jawi sebagai permulaan Islamisasi.

Menjawab kepada ‘tuduhan’ Tun M, Persatuan Dong Zong memberitahu bahawa pihak mereka akan mengeluarkan kenyataan rasmi pada esok hari.

Sumber: Utusan

Selepas berjaya bidaan sebagai pemilik tunggal jenama Ultraman, Tsubaraya Production mahu hapuskan barangan ciplak Ultraman yang tidak berdaftar daripada mereka.

Penghapusan Ultraman Ciplak di Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.