
Tesco Sah Akan Jual Operasi Di Malaysia Dan Thailand
Disember tahun lalu, Tesco mengisyaratkan pengunduran diri daripada pasaran Asia yang berkemungkinan menyaksikan penjualan operasi di Thailand dan Malaysia dan akan jual operasi mereka di kedua negara tersebut.
BACA: Tesco Umum Kemungkinan Pengunduran Perniagaan Daripada Pasaran Asia
Selepas setahun, Tesco memaklumkan keputusan penjualan operasi perniagaannya di Malaysia dan Thailand kepada CP Retail Development Company Ltd (CPRD) akan dimuktamadkan pada minggu hadapan.
Ia berikutan dengan semua syarat yang ditetapkan dipenuhi di kedua-dua negara bagi membolehkan jualan bernilai USD10.6 bilion (RM43.1 bilion) itu dimuktamadkan.
Prosedur Tesco jual operasi yang dijangka selesai pada atau sekitar 18 Disember ini dibuat bersama dengan kelulusan yang diterima daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNHEP) pada 10 November lalu.
Penjualan ini adalah bertujuan bagi memberi fokus kepada perniagaan di seluruh Eropah dan untuk terus memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, memberi sumbangan besar terhadap defisit pencen dan nilai pulangan kepada pemegang saham.
April 2020, Sime Darby mengumumkan 30% kepentingan Tesco Malaysia yang dipegang sejak 2001 bernilai RM300 juta menerusi perjanjian bersyarat yang dimeterai antara SDB dan anak syarikat penuhnya, Sime Darby Allied Products Bhd dengan CPRD, Tesco Holdings BV dan Tesco PLC.
Malah pada Disember tahun lalu, Ketua Eksekutif, Dave Lewis turut mengumumkan perletakan jawatan beliau pada musim panas akan datang selepas proses pemulihan Tesco selesai.

Jun 2019: Tesco memberitahu mereka berada dalam kedudukan yang baik untuk berkembang di Asia terutamanya Thailand, di bawah Lewis tumpuan pelaburan diberikan pada operasi UK yang mana hampir empat bilion pound telah dibelanjakan bagi mengambil alih pemborong Booker tahun lalu.
2015: Tesco menjual operasi di Korea Selatan kepada kumpulan yang diketuai syarikat ekuiti swasta MBK Partners pada pertimbangan tunai USD6.1 bilion.
2016: Tesco menjual operasi di Kipa, Turki kepada Migros, rantaian pasar raya terbesar di negara berkenaan.
Trending now



