Tesco tamat Operasi Malaysia 1

Tesco Malaysia Dilapor Lakukan Penganiayaan Perhambaan Moden Terhadap Pekerja Asing Mereka

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dalam satu laporan perhambaan moden tahun ini, Tesco Malaysia dilaporkan telah melakukan penganiayaan terhadap pekerja asingnya.

Antara penganiayaan yang disenaraikan termasuklah penahanan pasport, pengurangan gaji secara tidak sah dan tidak dapat dijelaskan, berhutang dengan banyak broker buruh di negara asal serta bekerja lebih masa yang keterlaluan.

Rangkaian pasar raya yang berpangkalan di United Kingdom ini mendapatkan data berkenaan daripada 169 pekerja asing daripada 239 pekerja di Tesco Malaysia yang ditemu bual.

Dalam data itu juga mendedahkan pasport 68 pekerja Indonesia dan 171 pekerja Nepal telah ditahan dan sudah dipulangkan kepada pekerja terlibat.

Tesco Malaysia Henti Serta Merta Ambil Bekalan Ayam Dari Kilang Terbabit COVID-19
Sumber: Harian Metro

Menurut Tesco, mereka akan menyiasat secara mendalam tuduhan tersebut dan mewujudkan talian sokongan dalam bahasa ibunda untuk pekerja agensi serta garis panduan bagi memastikan pekerja mempunyai akses kepada pasport mereka apabila diperlukan.

Berjanji akan mengkaji semula dan menambah baik penginapan serta audit kebajikan pekerja termasuklah menyediakan pemulihan penuh dan pembayaran balik fi perekrutan, Tesco memberitahu mereka akan beralih kepada pengambilan secara terus.

Mempunyai lebih 7,000 kakitangan di 60 cawangan di Malaysia dan dua pusat pengedaran di Semenanjung Malaysia, Tesco menjelaskan penganiayaan perhambaan moden ini adalah satu masalah serius.

BACA: Tesco Umum Kemungkinan Pengunduran Perniagaan Daripada Pasaran Asia

Terdahulu pada awal Disember tahun lalu, Tesco mengisyaratkan pengunduran diri daripada pasaran Asia yang berkemungkinan besar membawa kepada menyaksikan penjualan operasi di Thailand dan Malaysia.

Sumber: FMT