10

Teruja Gunung Berapi Meletus Lepas 800 Tahun ‘Tidur’, Penduduk Siap Masak Sosej Gunakan Haba Lava

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

19 Mac lalu, satu gunung berapi kira-kira 25 batu dari Reykjavik, Iceland dilaporkan meletus setelah 800 tahun berada dalam keadaan ‘tidur’.

BACA: Asap Tebal Setinggi 15KM Punca Amaran ‘Tsunami Gunung Berapi’ Dikeluarkan Filipina

Orang ramai yang berada di kawasan berdekatan seakan teruja dengan kejadian alam itu telah menghampiri kawasan letusan dan mengambil gambar lava yang mengalir.

Teruja Gunung Berapi Meletus Lepas 800 Tahun, Penduduk Ramai-Ramai Keluar Berswafoto 1
Kredit: Matthew Eisman

Malah ada antara mereka yang secara dekat menghampiri kawasan letusan untuk berswafoto dan bergambar kerana teruja melihat gunung berapi yang meletus.

Yang paling ekstrem ada yang bergambar tanpa seurat benang dan melakukan cubaan memasak sosej menggunakan lava.

9
Kredit: Cat Gundry-Beck

Berikut merupakan beberapa gambar yang menunjukkan situasi keadaan orang ramai semasa kejadian berlaku:

Teruja Gunung Berapi Meletus Lepas 800 Tahun, Penduduk Ramai-Ramai Keluar Berswafoto 4
Kredit: Sophia Groves

 

6
Kredit: Sophia Groves

 

5
Kredit: Cat Gundry-Beck/Reuters

Pada tahun 2018, pihak Royal Geograhic Society UK memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengambil risiko yang tidak perlu semata-mata ingin memenuhi keinginan merakamkan kejadian alam tersebut.

Ini kerana ianya mendatangkan risiko termasuklah gas berbahaya, ketulan batu lava yang berada di udara selain daripada aliran lava yang berkemungkinan mengalir dengan lebih cepat daripada jangkaan.

Sebelum ini media pernah melaporkan mengenai pengeluaran debu dari salah satu gunung berapi paling aktif di selatan Manila petang semalam, Ketua Institut Volkanologi dan Sismologi Filipina, Renato Solidum menjangkakan akan berlakunya fenomena ‘tsunami gunung berapi’ dalam tempoh beberapa hari.

Gunung berapi Taal yang berada kira-kira 65km dari kawasan selatan Manila itu dikatakan meletus kali terakhir adalah pada 1977.

Menurut sumber, gunung berapi Taal telah menunjukkan beberapa tanda sejak akhir Mac lalu. Namun petang Ahad lalu, debu tebal setinggi 15km boleh dilihat dari jauh diikuti dengan beberapa gegeran yang dikatakan seperti ‘raksaksa menghampiri’.

Keadaan ini menyebabkan pihak pejabat bencana tempatan terpaksa mengambil tindakan memindahkan lebih 6,000 penduduk setempat dan penduduk dari kawasan kejiranan ke kawasan yang lebih selamat.