Teruja Beli Makanan Sampai Salah Masuk Kereta, Tonton Reaksi Lelaki Ini Lari Tahan Malu 2

Teruja Beli Makanan Sampai Salah Masuk Kereta, Tonton Reaksi Lelaki Ini Lari Tahan Malu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Teruja beli makanan sampai salah masuk kereta, tonton reaksi lelaki ini lari tahan malu.

Insiden tersalah masuk kenderaan milik individu tidak dikenali rasanya bukanlah sesuatu yang asing. Kerana tidak perasan atau mahu cepat, semuanya boleh berlaku. Pastinya selepas itu, rasa malu akan menguasai diri.

Tular di laman media sosial Twitter, gelagat dua lelaki yang baru sahaja selesai membeli makanan di sebuah stesen minyak menjinjit plastik tidak menyedari mereka menuju ke kereta yang salah.

Teruja Beli Makanan Sampai Salah Masuk Kereta, Tonton Reaksi Lelaki Ini Lari Tahan Malu
Sumber: iNerd

Agaknya terlampau teruja beli makanan, salah seorang daripadanya hanya sedar selepas membuka pintu kenderaan tersebut sebelum masing-masing kelihatan bingung mencari kenderaan yang betul sebelum berlari dalam keadaan menahan malu.

Sudah dikongsi lebih 8,000 kali dan mendapat 7,600 tanda suka, video ini nyata berjaya menghiburkan orang ramai. Malah ada yang turut berkongsi pernah melalui momen yang sama seperti itu.

Baru-baru ini, satu perkongsian video di Twitter telah menyebabkan orang ramai bengang kerana plot twist di pengakhiran video tersebut agak kejam.

Video tersebut adalah mengenai seorang lelaki yang hanya mampu tengok rakan-rakannya bermain badminton dari tepi gelanggang kerana tidak mempunyai raket.

BACA: Hanya Mampu Tengok Kawan Main, ‘Plot Twist’ Video Ini Buat Netizen Bengang

Seorang lelaki yang melihatkan kejadian itu kemudiannya menghadiahkan raket kepada beliau. Nyata reaksi gembira beliau yang tampak ikhlas semasa menerima hadiah daripada ‘orang yang tidak dikenali’ itu membuatkan netizen turut sama rasa terharu.

Namun, plot twist video ini membuatkan netizen bengang. Rupa-rupanya, raket yang diberikan itu bukanlah raket badminton sebaliknya raket elektrik yang digunakan untuk memukul lalat.