Tertuduh Pertama Mengaku Tekap Tapak Kaki, Lutut Zulfarhan Dengan Seterika Wap Dalam Perbicaraan Bela Diri

Walaupun sudah dua tahun berlalu, kes kematian Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain masih lagi hangat diperkatakan sehingga ke hari ini. Merupakan antara kes terkejam dalam negara, kes ini banyak menimbulkan kontroversi kerana pelaku atau yang tertuduh merupakan rakan seperjuangan arwah.

BACA: Zulfarhan Terbunuh Akibat Kecuaian Beberapa Pihak Menjalankan Tugas

Tanggal 31 Julai merupakan tarikh keramat yang diingati semua orang terutamanya keluarga arwah kerana 18 orang penuntut UPNM diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan hanya seorang sahaja dibebaskan secara mutlak, Muhammad Akmal Akif Alias tanpa perlu dipanggil membela diri.

Hari ini, tertuduh pertama kes ini, Muhammad Akmal Zuhairi, 23 tahun mengakui beliau telah menekap bahagian tapak kaki dan lutut arwah dengan menggunakan seterika wap milik rakan rapat arwah yang juga saksi kepada kes ini iaitu Muhammad Ilham Zamree, 23 tahun.

Kes Bunuh Zulfarhan

Muhammad Akmal turut mengakui Zulfarhan menjerit kesakitan setiap kali ditekap dengan seterika wap dan tidak melawan namun tidak bersetuju dengan cadangan Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim ketika dalam prosiding membela diri di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Muhammad Akmal tidak bersetuju bahawa dirinya berserta empat tertuduh lain iaitu Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri juga menekap Zulfarhan menggunakan seterika berkali-kali secara bergilir-gilir.

Mengaku Tekap Zulfarhan Guna Seterika Wap 2

Kata beliau, sebelum kejadian Zulfarhan ditekap, Zulfarhan telah mengakui bahawa beliau telah mencuri komputer riba miliknya.

Berikut merupakan perbualan sesi soal jawab yang telah direkodkan.

JULIA: Saya katakan sekurang-kurangnya kamu telah mencucuh Zulfarhan dengan seterika wap sebanyak 18 kali?

MUHAMMAD AKMAL: Tidak setuju.

JULIA: Saya katakan setiap kali Zulfarhan dicucuh dengan seterika wap, dia menjerit kesakitan?

MUHAMMAD AKMAL: Ya.

JULIA: 90 kali cucuhan maknanya sekurang-kurangnya 90 kali Zulfarhan menjerit?

MUHAMMAD AKMAL: Saya tak pasti.

JULIA: Sepanjang Zulfarhan dicucuh dengan seterika, adakah kamu cuba untuk menghentikan perbuatan itu?

MUHAMMAD AKMAL: Saya tak hentikan.

JULIA: Apabila kamu mencucuh seterika pada Zulfarhan dan kamu tidak hentikan perbuatan itu, adakah itu perbuatan betul dan mengikut undang-undang?

MUHAMMAD AKMAL: Tidak

JULIA: Zulfarhan dah minta maaf dan nak bayar balik komputer riba serta minta masa sikit. Ada kamu buat laporan mengenai perkara itu?

MUHAMMAD AKMAL: Saya memang tak buat laporan.

JULIA: Saya katakan kamu tak buat laporan sebab kamu tahu perbuatan kamu memukul Zulfarhan adalah salah.

MUHAMMAD AKMAL: Saya tak setuju.

JULIA: Saya katakan kalau kamu buat laporan, kamu dan kawan-kawan akan diambil tindakan.

MUHAMMAD AKMAL: Saya tak setuju. Kebiasannya di UPNM tak ada apa yang berlaku.

JULIA: Jadi budaya di situ, pukul orang tak ada apa yang berlaku, curi komputer riba kena buang. Itu yang kamu maksudkan?

MUHAMMAD AKMAL: Ya Yang Arif.

Muhammad Akmal juga bersetuju dengan Julia bahawa sepanjang 23 hingga 26 Mei 2017, beliau hanya menyapu losyen gamat pada luka di tubuh Zulfarhan sebelum mangsa dibawa ke Klinik As-Salam pada 27 Mei 2017.

Sumber: Harian Metro, Berita Harian, Malaysia Kini

Akan datang hujung tahun ini.

STAR WARS: THE RISE OF SKYWALKER Trailer #1 (2019) Disney

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI