Tertekan Mahu Hasil Terbaik, Pengarah ‘Misteri Dilaila’ Mengaku Tiru Filem ‘Vanishing Act’ 1

Tertekan Mahu Hasil Terbaik, Syafiq Yusof Mengaku ‘Misteri Dilaila’ Tiru Filem ‘Vanishing Act’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tertekan mahu hasil terbaik, filem Misteri Dilaila arahan pengarah, Syafiq Yusof pada awal tahun lalu mengundang kecaman dan kritikan netizen kerana dikatakan diplagiat daripada sebuah filem tahun 1986 iaitu Vanishing Act.

https://www.facebook.com/fikriseman/posts/3571454966227510

Dikatakan hampir 80% jalan ceritanya sama dengan filem berkenaan, Syafiq mengambil jalan berdiam diri dan membiarkan netizen membuat spekulasi sendiri.

BACA: Filem ‘M4M4’ Ketengah Isu Sosial Dalam Genre Seram Thriller

Setelah setahun berdiam diri, Syafiq akhirmya membuka mulut mengakui filem Misteri Dilaila merupakan karya yang dihasilkan daripada peniruan filem Vanishing Act.

https://www.facebook.com/ZHAFVLOG/photos/pcb.649750949201151/649749532534626/?type=3&theater

Walaupun mengaku memplagiat hasil karya pengarah lain, Syafiq menjelaskan beliau hanya mahukan formula baharu dalam menghasilkan karya hebat dan hasil daripada pembacaan buku Save the Cat untuk mendapatkan formula berkenaan, Syafiq terjumpa formula steal from other artists yang membuka mindanya bahawa falsafah a good artist copy, but a great artist steal boleh diguna pakai.

Tertekan Mahu Hasil Terbaik, Pengarah ‘Misteri Dilaila’ Mengaku Tiru Filem ‘Vanishing Act’ 3
Sumber: imdb

Sedikit tertekan untuk membuktikan bahawa beliiau setanding bapanya pengarah terkenal, Datuk Dr Yusof Haslam, Syafiq turut menjelaskan dalam kajiannta, beliau menjumpai beberapa perkara, antaranya filem The Fast and The Furious pada tahun 2001 juga mempunyai plot yang sama dengan filem Point Break pada tahun 1991.

Terpegun dengan formula berkenaan yang membuatkan filem berkenaan berjaya dan memenangi banyak anugerah, dalam satu hantaran panjang di Facebook, Syafiq mendedahkan penulisan skrip beliau selalunya menggunakan teknik daripada buku Save the Cat supaya wujudnya nafas baharu dalam naskhahnya.

Tertekan Mahu Hasil Terbaik, Pengarah ‘Misteri Dilaila’ Mengaku Tiru Filem ‘Vanishing Act’ 2

Namun ternyata formula berkenaan salah.

Turut menerima kritikan daripada keluarganya sendiri, Syafiq memberitahu hanya mahukan hasil yang terbaik. Stau-satunya filem yang tidak meletakkan frasa ‘Idea Asal – Syafiq Yusof’, beliau memberitahu tidak pernah menuntut bahawa idea filem Misteri Dilaila adalah idea asal daripadanya.

Mengalami tekanan perasaan selama setahun, beliau turut mengakui sudah berhubung dengan empunya hak cipta selepas dua minggu ianya berlaku dan komunikasi berkenaan hal undang-undang tentang kesilapannya masih lagi berlangsung dengan pihak sana.

Tertekan Mahu Hasil Terbaik, Pengarah ‘Misteri Dilaila’ Mengaku Tiru Filem ‘Vanishing Act’
Sumber: Harian Metro

Menjadi takut untuk menghasilkan naskhah selepas kejadian berkenaan, Syafiq Yusof mengakui terlalu berat untuknya memikul bayang ayah dan abangnya, Syamsul Yusof dalam industri ini.