Berkhatan

Tersilap ‘Potong’ Semasa Proses Berkhatan, Ini Punca Kenapa Kes Ini Masih Berlaku

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Cuti sekolah tiba lagi! Selain dari musim majlis kenduri kahwin, pada waktu ini jugalah selalunya diadakan majlis berkhatan beramai-ramai untuk kanak-kanak sekolah.

Apa yang kurang enak didengar ialah, walaupun menggunakan teknologi perubatan moden, pada hari ini didapati masih lagi kerap berlaku insiden tersilap ‘potong’ semasa proses berkhatan.

Apakah sebenarnya punca yang menyebabkan kecuaian ini?

Berikut merupakan hantaran Facebook yang dibuat oleh doktor berpengalaman, Dr Yazeed Hair Johari yang mempunyai klinik di Bukit Bintang, Kuala Lumpur untuk membantu orang ramai mengupas isu ini. Jom sama-sama kita baca.

1 Berkhatan

SETIAP TAHUN ADA KES TERPOTONG KEPALA PENIS. APA PUNCANYA?!!

Ahh sudah! Aku boleh agak dah, setiap tahun, setiap kali musim sunat/khatan.

Mesti ada kes terpotong Kepala Penis..

(glans penis amputation)

Ini adalah sesuatu yang tragik!

Kali ni berlaku di Indonesia.

Apa puncanya!?

Satu punca utama menyebabkan kepala penis “Glans of Penis” ni boleh terpotong adalah disebabkan pemilihan teknik pembedahan.

Hanya satu teknik sahaja yang boleh menyebabkan kepala penis terpotong, iaitu Teknik Guillotine.

Tapi apakah itu teknik guillotine?

2 Berkhatan

Nama Guillotine ini diambil dari mesin pancung kepala kepada penjenayah atau pesalah zaman dulu.

Mesin ini direka oleh Frenchman Joseph Guillotine, kemudian dibina oleh orang German. Pertama kali digunakan pada tahun 1792 untuk menjalankan hukuman pancung kepala kepada pesalah/penjenayah.

Kes-kes berlakunya terpotong kepala ni, selalunya terjadi masa program bersunat beramai-ramai, dan teknik ini digunakan oleh tukang bedah yang tidak mahir, yang kurang berpengalaman.

Sebenarnya teknik ini selamat je jika tukang bedah tersebut seorang yang berpengalaman.

Teknik ini perlukan ketelitian, mengambil masa yang lama berbanding dengan teknik lain kerana perlu ada “Reassurance” beberapa kali sebelum memotong..

Berkhatan

Sebagai operator, kita kena pastikan kepala penis itu perlu berada di bawah garisan kulit yang hendak di potong.

Tapi, adakalanya, aku dapati, ada sesetengah budak yang kepala penis dia sangat lembut, sebab itu ada sesetengah operator yang kurang berpengalaman tak dapat rasa.. Yang sebenarnya dia sedang “Clamp” kulit sekali dengan kepala penis.. Kemudian terus memotong tanpa periksa semula.

Dorsal slit teknik adalah teknik yang paling selamat sekali, pada aku paling superior. Kerana kita boleh buka, explore dan secure dulu kepala penis tadi.

Antara punca lain adalah, bila program sunat ni dibuat secara beramai-ramai untuk harga yang murah..

Maka para operator tadi mula rushing nak siapkan prosedur setiap orang dalam masa yang singkat.

Proses berkhatan ni memang ambil masa yang lama kalau kita nak buat dengan teliti.

Pada aku di antara teknik clamp atau surgeri, aku tetap akan pilih surgeri kerana ianya lebih superior, security lebih meyakinkan dan finishing lebih baik.

Berkhatan

Tapi pastikan teknik surgeri yang kita nak gunakan tu, kita mahir terlebih dahulu.

Aku ambil masa 1 jam untuk proses berkhatan hanya atas sebab ketelitian. Kalau ikut kan 20 minit pun aku boleh siapkan. Tapi aku memilih untuk ambil masa yang lebih lama supaya hasil kerja lebih teliti dan selamat.

Bila cerita bab kepala penis ni, no room for error especially “Glans Of Penis” (kepala penis) kawasan yang paling sensitive.

Jadi aku tak suka buat prosedur ni dalam keadaan rushing dan secara beramai-ramai untuk dihabiskan dalam masa yang singkat.

Dalam satu hari, maximum aku buat 4-5 orang sahaja. Sebab tu aku agak memilih, limited slots only. Atas dasar fokus dan keselamatan.

So far aku nak nasihatkan kepada para tukang bedah, doktor mahupun pembantu pegawai perubatan.. JANGAN! Gunakan teknik Guillotine ini Kalau tak mahir dan kurang berpengalaman.

Belajar teknik dorsal slit kerana ianya 100% selamat and no room for error.

Tak kisahlah kalau prosedur dorsal slit ni agak lambat, dan makan masa, tapi yang penting hasil yang selamat.

Kejadian berlaku di Indonesia, tapi selalu juga berlaku di Malaysia sebelum ni.

Boleh sambung semula tak?

Penile replantation.

Ada kes 50% dari kepala terpotong, ada kes juga 100% seluruh kepala penis terpotong.

Replantation of glans penis ni ada yang berjaya, ada juga yang tak berjaya. Bergantung pada kemahiran pakar, masa dan juga keadaan kepala penis yang dah terpotong tadi.

Depending of the level of the transection – lagi distal amputation, smaller vessels, lagi difficult.

Also depends on the damage to the glans.

Overall, very very difficult and technically challenging.

Need microanastomosis.

Outcome even the glans able to be revascularised, but the looks of the glans and the sensation will be impaired.

Tapi apa-apa pun, prevention is better than treatment.

Tak pasal-pasal Westeners ambil point khatan ni dijadikan sebagai content untuk kecam Muslim community kerana mewajibkan bersunat atas sebab kes-kes kepala penis yang terpotong ni.

Petikan dari Medical Journal Barat:

“Unqualified village barbers like in many Muslim countries is very dangerous and can cause many serious complications such as penile amputation”.

Tapi benar, seseorang yang tidak berpengalaman ini adalah merbahaya.

BACA: Alami Cacat Kekal Alat Kelamin, Remaja Peroleh Pampasan RM150 Ribu

Sumber: Yazeed Hair Johari