
Tersepak Bola Sampai Masuk Belakang Lori, Netizen Puji Tiada Carutan Yang Keluar Daripada Mulut Pemuda Ini
Tersepak bola sampai masuk belakang lori, netizen puji tiada perkataan mencarut yang keluar daripada mulut lelaki ini.
Semalam tular di laman media sosial Twitter mengenai aksi sepak bola yang tersasar sehingga termasuk ke dalam sebuah lori yang secara kebetulan melalui jalan raya yang berada di sebelah padang.
BACA:ย Selain Ronaldinho, Ini Antara Bintang Lagenda Bola Sepak Yang Diisytihar Muflis
Dalam video tersebut, salah seorang daripada rakan perakam telah membuat tendangan, namun bola tersebut tersasar dan memasuki bahagian belakang sebuah lori yang laju melalui jalan raya.
Kejadian yang tidak disedari pemandu lori yang laju meneruskan perjalanan itu menyebabkan beberapa rakan-rakannya hanya mampu menepuk dahi dan tergolek pasrah.
Video yang dimuat naik pengguna Twitter, @AbangNgahCrew itu bagaimanapun tidak hanya menjadi tular kerana kejadian tersepak bola sampai masuk belakang lori tersebut.
Siapa2 yang ada terjumpa lori yang ada bola kat belakang tu, boleh dm tepi ๐ข pic.twitter.com/S9xGHbVrpO
— ุฑููุน ุงูุฏูู (@AbangNgahCrew) August 15, 2020
Yang menarik perhatian netizen ialah tiada perkataan-perkataan negatif yang keluar daripada mulut mereka sebaliknya hanya menyebut kalimah ‘Allah’.
Dianggap sebagai sesuatu yang agakย rareย pada masa sekarang, ramai yang memuji sikap mereka yang menjaga tutur kata biarpun berlaku sesuatu di luar jangkaan.
korg jgn salah anggap ngam my tweet plk.. sbb mostly video2 yg tersebar mesti ada carutan tak kira laki atau pun perempuan ๐ข i love to see this video and how dia org jaga aurat mse main bola.. so semoga abg ngah and friends teruskan k!
— ๐๐๐ โก๏ธ (@nrshahdh) August 15, 2020
Alhamdulillah masih ada lagi lelaki yang ucapkan kalimah Allah berbanding carutan. Moga terus dibawah lindungan-Nya ๐
— nono (@aestheticallyeo) August 15, 2020
https://twitter.com/mysteriousyou_/status/1294604374111477762
Yang terkini, bola tersebut berjaya pulang semula ke pangkuan tuannya selepas cubaan membuat hantaran di group FB Anak Ganu berjaya menemui pemandu lori tersebut.
Alhamdulillah Husnul Khotimah aka Happy Ending ๐.. Mekaseh Pok Din drebar lori โ๐ผ
Credit : @hafiztonewow @MaidielMukhlis @zeex_z_14 pic.twitter.com/DzBM1mkIQP
— ุฑููุน ุงูุฏูู (@AbangNgahCrew) August 16, 2020
Tahniah anak muda!
Trending now



