Terpisah Sejak 1996, Liputan Gelandangan COVID-19 Bantu Satukan Kembali Keluarga Ini

Terpisah sejak 24 tahun lalu, PKP menemukan kembali keluarga ini.

Siapa sangka, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu rupanya terselit banyak hikmah.

Terputus hubungan sejak tahun 1996, lelaki ini menemukan kembali abangnya yang hilang tanpa khabar berita lebih 24 tahun lalu.

Pada 11 April lalu, laporan berita Buletin TV3 ada menyiarkan mengenai gelandangan yang dibantu semasa pelaksanaan PKP di ibu kota dan secara kebetulan ‘Tok Penghulu’ yang dilantik bagi mengawal kumpulan ini dikenal pasti sebagai abangnya yang sudah lama terputus hubungan.

Terpisah Sejak 1996, Liputan Kisah Gelandangan COVID-19 Bantu Satukan Kembali Keluarga Ini 3

Seorang pengguna Facebook yang meninggalkan komen bahawa lelaki berkenaan merupakan abang kepada individu Mohd Aidi Asyraf, siapa sangka daripada kisah mengenai gelandangan bertukar genre kepada Jejak Kasih.

Hilang selepas merantau bekerja di Kuala Lumpur, seorang pengguna Twitter berjaya menghubungi Mohd Aidi dan bertanyakan mengenai hal tersebut. Akui gembira kerana pencarian selama ini berakhir, ibu kepada Mohd Aidi turut merasa gembira dengan perkhabaran berkenaan.

Terpisah Sejak 1996, Liputan Kisah Gelandangan COVID-19 Bantu Satukan Kembali Keluarga Ini 1

Terpisah Sejak 1996, Liputan Kisah Gelandangan COVID-19 Bantu Satukan Kembali Keluarga Ini 2

Merancang untuk kembali ke kampung selepas habis penguatkuasaan PKP ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa memberitahu 800 gelandangan yang ditempatkan di rumah tumpangan Anjung Singgah tidak lagi akan dilepaskan untuk bergelandangan selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan.

BACA: 800 Gelandangan Akan Diberikan Kerja Tetap Selepas Tempoh PKP Berakhir

Kumpulan ini akan disaring atau diberikan latihan serta kursus suai kenal pendek untuk diberikan pekerjaan secara bergaji dengan kerjasama dan persetujuan bersama beberapa buah syarikat dan penaklukan Jabatan Tenaga Kerja, gelandangan yang berada di empat dewan pusat transit di bawah kendalian Pusat Pengurusan Krisis (CMC)Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kesihatan.

Tonton laporan penuh di pautan bawah:

Sumber: Faizal Hassan