Graduan Jordan Dituduh Jadi Bapa Ayam

Terlibat Dalam Tuduhan Jadi ‘Bapa Ayam’, Penulis Buku Popular Tampil Pertahankan Sahabatnya

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pertengahan Januari lalu, seorang pelajar perubatan tahun akhir di sebuah universiti awam, Mohd Luqman telah dituduh di atas pertuduhan muncikari atau menjadi bapa ayam, namun tuduhan tersebut ditolak beliau dengan melakukan pengakuan tidak bersalah.

Tampil menjelaskan keadaan sebenar, sahabat Luqman yang juga penulis buku popular, Hilal Asyraf tampil menjelaskan keadaan sebenar bagi membersihkan nama sahabatnya.

Graduan Jordan Dituduh Jadi Bapa Ayam 1

Luqman yang juga graduan perubatan di Jordan kini sedang menyambung pengajian Sarjananya telah menerima kecaman daripada masyarakat malah dicemuh sedangkan perbiaraan kes belum pun bermula kerana sering ditangguhkan atas sebab beberapa faktor.

Kemudian peguam Luqman meminta agar beliau dilepaskan tanpa dibebaskan sementara pihak pendakwa mahu mendatangkan bukti kukuh, dan ini diakui sendiri oleh Luqman. Yang menyebabkan beliau terkilan, walaupun perbicaraan kes belum bermula dan Luqman belum disabitkan kesalahan, wajah Luqman telah disebar luas oleh beberapa media.

https://twitter.com/HilalAsyraf/status/1187044485244411904

Ini menyebabkan berlakunya salah anggap dalam kalangan masyarakat yang menganggap bahawa Luqman benar-benar bersalah sehingga menyebabkan beliau dicemuh.

Luqman dituduh menjadi orang tengah terhadap perlakuan sumbang antara seorang perempuan dan lelaki antara 27 hingga 28 Ogos 2018 di sebuah hotel bandar Kuala Terengganu pada jam 2.43 pagi hingga 6.05 petang menggunakan aplikasi We Chat dengan mengenakan caj RM250 hingga RM600.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh didakwa mengikut Seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

Sumber: Hilal Asyraf

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2S0SYuBpJj/