
Terlibat Dalam Kontroversi Perkauman, Ini Sinopsis Ringkas Filem ‘BABI’ Arahan Namawee
Sejak beberapa hari lepas, filem BABI arahan penyanyi rap, Namawee mencetuskan kontroversi melibatkan beberapa perkataan yang melibatkan perkauman di poster promosinya.
Poster yang memaparkan seorang pelajar sekolah dalam posisi berdiri sedang membuang air kecil sambil melihat dinding tandas yang penuh dengan contengan.
Namun yang menjadi isu apabila perkataan ‘Melayu Babi’ dan ‘India Kel’ turut ditulis bersama dengan perkataan BABI dalam tulisan berwarna merah.
Sinopsis filem BABI arahan Namawee
Menurut Namawee, filem BABI adalah berdasarkan kisah benar mengenai pergaduhan kaum di sekolah yang pernah berlaku dalam tahun 2000 di sebuah sekolah menengah di satu pekan Selatan Malaysia.
BACA: Kalau Malaysia Guna ‘Babi’, Kenapa Indonesia Pilih ‘Anjing’ Sebagai Kata Makian?
Malaysia ada ketika itu masih di bawah pemerintahan autoritarian satu parti yang mana salah guna dan korupsi kerap berlaku. Media dan berita dikawal dan ditapis sepenuhnya menyebabkan ianya telah ‘diselesaikan’ oleh pihak berkuasa tertentu dan kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu mengenai kejadian ini.
Skrip asal filem BABI ini telah pun ditulis sejak tujuh tahun lalu, namun antara sebab utama ianya tidak dapat dihasilkan adalah kerana kekurangan modal kerana tiada yang sanggup mengeluarkan modal untuk sebuah filem yang mungkin akan diharamkan dan tidak ditayangkan di pawagam.
Namawee pernah berkata, mendengarkan tajuk filem sahaja pun sudah tiada orang ingin mengambil bahagian untuk bersama menghasilkannya. Namun dengan modal yang sangat rendah, filem ini berjaya dihasilkan dan berjaya tercalon dalam empat festival filem antarabangsa iaitu:
- Open World Toronto Film Festival (kategori pengarah terbaik dan pelakon terbaik),
- Around International Film Festival Berlin (Best Feature Film),
- International Thai Film Festival 2020 dan
- Taipei Golden Horse Film Festival (Best Original Film Song).
Bakal ditayangkan di Taiwan bermula 20 November ini, Namawee dalam satu hantaran Facebooknya menjelaskan Malaysia adalah sebuah negara unik yang berbilang kaum dan majmuk, di mana rakyat saling menghormati dan menerima antara satu sama lain.
Namun terlalu ramai ekstremis yang tidak tahu malu, suka menghasut dan sering menggunakan isu perkauman untuk mencapai tujuan politik masing-masing.
【你是豬/BABI】將在明天全台灣上映,這期間也受到了四個國家影展的認可。然而諷刺的是,今天在馬來西亞的吉隆坡,已經有極端分子發動抗議活動並報了警。接下來我可能要因為這部電影受到通緝,甚至面臨法律的製裁。
身在台灣的朋友,請大家明天一定要到…Posted by Namewee 黃明志 on Wednesday, 18 November 2020
Trending now



