
Terlibat Dalam Kontroversi, K-Drama Ini Ditamatkan Pada Episod 2
Jangan main-main dengan kontroversi K-drama.
Biarpun drama Korea Selatan semakin dikenali di seluruh dunia, namun ianya tidak menjadi penjamin keberjayaan setiap satu daripadanya.
BACA: Mahu Elak Kontroversi, Drama Akan Datang Lakonan Jisoo Blackpink Enggan Terima Tajaan Produk
Seperti drama klasik, Joseon Exorcist yang baru sahaja ditayangkan namun dek kerana kontroversi yang melanda, ianya dipaksa untuk ditamatakan pada episod kedua.
Mengisahkan mengenai Raja Taejong dan kedua puteranya, Putera Chungnyung dan Putera Yangnyeong yang melawan roh-roh jahat demi menyelamatkan Joseon.
Dibarisi tiga pelakon hebat, Jang Dong-yoon, Park Sung-hoon dan Kam Woo-sung, drama ini pada awalnya telah menerima pujian kerana sinematografinya yang sangat menarik.
Namun kerana adanya penggunaan prop China yang tidak tepat serta penyimpangan daripada segi sejarah, SBS selaku stesen televisyen ditekan hebat sehingga terpaksa membuat kenyataan rasmi dan memohon maaf.
Malah disebabkan kontroversi berkenaan juga, rating episod satu dan dua jatuh mendadak berbanding dengan tayangan perdana.
Drama yang sepatutnya disiarkan 16 episod dibatalkan serta merta dengan kesedaran ianya adalah tanggungjawab mereka sebagai rangkaian siaran awam dan para pelakon sudah pun maklum mengenai hal tersebut.
Yang terbaharu, drama Snowdrop yang dijadualkan akan ditayangkan pada pertengahan 2021 akan menampilkan Jisoo Blackpink dan Jung Hae-in sebagai pelakon utama turut terima tempias yang sama.
Namun JTBC selaku stesen televisyen yang bertanggungjawab menjelaskan bahawa Snowdrop tidak akan menempatkan tajaan PPL (pay per lead) bagi mengelakkan kontroversi.
Malah sinopsis Snowdrop yang mengisahkan mengenai seorang mahasiswa yang masuk ke dalam asrama perempuan dalam keadaan berlumuran darah menambah spekulasi yang mana beliau adalah seorang perisik dan bukannya mahasiswa.