
Terlebih Maju, China Dilaporkan Sudah Bina Kumpulan Penyelidikan Teknologi 6G
Jika Malaysia dan negara lain baru hendak merasa hype dalam pembangunkan teknologi telekomunikasi generasi kelima atau 5G, China dilihat terlebih maju sudah berada satu langkah maju di hadapan apabila negara tersebut melaporkan secara rasmi sudah memulakan penyelidikan 6G di sana.
BACA: Hampiri Realiti, Rangkaian 5G Malaysia Dijangka Tersedia Pada Suku Ketiga Tahun Ini
Akhbar China, Science and Technology Daily melaporkan, kerajaan dan institusi negara China sudah mengadakan menyuarat bagi menubuhkan kumpulan penyelidikan serta pembangunan teknologi 6G yang dikatakan mampu menampung data sebanyak 1TB sesaat (100 kali lebih laju daripada teknologi 5G).
Dilihat sebagai satu langkah awal dalam menggalakkan inovasi tanpa wayar yang terbaharu, penyelidikan terhadap teknologi 6G dibuat hanya selepas beberapa hari selepas tiga syarikat komunikasi di negara itu melancarkan perkhidmatan 5G di seluruh China yang dijangkakan pada hujung tahun ini sahaja China akan mempunyai 135,000 buah stesyen 5G.
Kumpulan penyelidikan yang mengumpulkan 37 buah universiti, institusi penyelidikan dan syarikat ini dipertanggungjawabkan bagi melihat bagaimana kajian dan perkembangan teknologi 6G akan dijalankan di sana menjadikan China terlebih maju berbanding dengan negara-negara yang lain.
Bagi Malaysia pula, ianya dijangka tersedia menjelang suku ketiga tahun 2020.
Sumber: CNBC
Stephen King, satu nama yang tak asing lagi dengan genre seram.
12 Filem Adaptasi Terbaik Stephen King
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.