Jakel

Terlanjur Guna Perkataan ‘Melayu’, Netizen Anjur Kempen Boikot Gedung Tekstil Jakel

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ramai yang tidak berpuas hati dengan kandungan IG Story adik bongsu pemilik gedung tekstil Jakel iaitu Muzaffar yang dikatakan telah terlanjur guna perkataan yang ‘menghina Melayu’ selepas daripada pengumuman Perdana Menteri bahawa beberapa sektor perniagaan akan dibuka semula bagi menggerakkan semula ekonomi negara.

BACA: PKP Bersyarat: 23 Aktiviti Yang Masih Tidak Dibenarkan

Umum sedia maklum, semua perkhidmatan dibenarkan beroperasi sehingga jam 8 malam sahaja, namun disebabkan oleh hantaran IG Story Muzaffar, ramai yang risau akan ada kemunculan kluster baharu iaitu kluster Jakel.

Terlanjur Kata ‘Hina Melayu’, Netizen Anjur Kempen Boikot Gedung Jakel 1

Terlanjur guna perkataan seakan ‘menghina Melayu’

Terlanjur Kata ‘Hina Melayu’, Netizen Anjur Kempen Boikot Gedung Jakel

Terlanjur kata dengan kenyataan yang dikatakan sebagai menghina, Muzaffar memohon maaf dan menjelaskan perkara tersebut.

Terlanjur Kata ‘Hina Melayu’, Netizen Anjur Kempen Boikot Gedung Jakel 2

Terlanjur Kata ‘Hina Melayu’, Netizen Anjur Kempen Boikot Gedung Jakel 3

Malah menerusi hantaran di Facebook Pagenya, beliau telah memohon maaf secara terbuka di atas ketelanjuran kata yang menyebabkan kemarahan orang ramai. Menjelaskan kenyataan tersebut adalah kenyataan peribadi dan bukannya kenyataan syarikat milik abangnya, Muzaffar turut mengakui tidak sengaja menggunakan ayat tidak sesuai.

Terlanjur Kata ‘Hina Melayu’, Netizen Anjur Kempen Boikot Gedung Jakel 4

Malah rata-rata daripada netizen juga telah melancarkan kempen ‘Boikot Jakel’ di atas ketelanjuran Muzaffar yang telah mengguris hati ramai pihak.

Semalam, Kementerian Kesihatan telah menyenaraikan beberapa aktiviti yang dilarang kerana keadaan yang sukar dikawal dalam satu-satu masa, dan dalam senarai berkenaan kedai pakaian serta aksesori fesyen merupakan salah satu sektor yang terkandung di dalamnya.

Memasuki fasa ke-4 pelaksanaan, kerajaan telah memberikan kelonggaran kepada rakyat untuk bergerak namun ianya bukanlah lesen kepada pergerakan bebas sehingga menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut dan tidak selamat.

BACA: Jangkaan Kerugian Ekonomi Malaysia Sepanjang PKP Mencecah RM100 Bilion

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jka anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.