Terlalu Obses Dengan Kamera, Jurufoto Namakan Anak Canon, Nikon Dan Epson

Terlalu Obses Kamera Nama Anak Jenama Kamera

Terlalu Obses Dengan Kamera, Jurufoto Namakan Anak Canon, Nikon Dan Epson

Setiap daripada kita pasti mempunyai minat terhadap sesuatu benda atau perkara dan apabila terlalu mendalam ia boleh memberi kesan kepada kehidupan seharian kita.

Ravi Hongal, seorang jurufoto profesional dari Belgaum, India sudah bergelumang dalam dunia fotografi lebih dari 33 tahun. Minatnya terlampau obses dengan kamera, Ravi menamakan tiga anaknya dengan jenama terkenal produk itu iaitu Canon, Nikon dan Epson.

Beliau dikatakan obses dengan fotografi sejak dia kecil. Biarpun dia bukan pelajar terbaik, namun dia sentiasa dilihat membawa bersama-samanya kamera Pentax dan Zenit untuk merakam pelbagai jenis foto.

Terlalu Obses Kamera Nama Anak Jenama Kamera

Dia juga amat yakin dapat berjaya dalam hidupnya dengan menjadi jurufoto.

Sememangnya yang dikatakannya tepat sekali apabila perniagaan fotografi yang dibukanya secara kecil-kecilan menjadi maju sehingga membolehkannya membuka studionya sendiri. Studio tersebut dinamakan sempena nama isterinya, Rani.

Terlalu Obses Kamera Nama Anak Jenama Kamera

Kisahnya mula tular apabila baru-baru ini dia menghabiskan sekitar AS$95,000 untuk membina rumah menyerupai kamera.

Rumah tersebut dibina sebegitu rupa dan turut dilengkapi tingkap berbentuk lensa kamera, lampu kamera dan kad SD gergasi.

Kediaman tiga tingkat yang terletak di Karnataka India itu memperlihatkan reka bentuk dari tiga nama anak beliau. Bahagian bawah mempunyai bentuk seperti pencetak Epson, tingkat kedua pula dihiasi dengan lensa Nikon dan tingkat ketiga pula adalah kamera Canon.

Minat Ravi dalam bidang fotografi turut mempengaruhi isterinya yang kini menjadi jurugfoto. Anak keduanya, Nikon juga dikatakan turut bercita-cita menjadi jurufoto selepas tamat pengajian.

Sumber: The News Minute