Kena Scam

Terlalu Mudah Sangat Kena ‘Scam’, Inilah Bezanya Antara Golongan “Terpelajar” Dengan “Terdidik”

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Hampir setiap hari ada saja kisah-kisah penipuan oleh ‘scammer’ yang dilaporkan melibatkan golongan yang “berpendidikan’ tinggi”.

Seolah-olah golongan “berpendidikan tinggi” yang bijak pandai ini tidak sukar pula untuk diperdaya dan diperbodohkan oleh ‘scammer’ sehingga wang simpanan mereka dapat disapu dengan begitu mudah.

Walaupun turut bersimpati, kejadian buruk yang menimpa mereka ini sememangnya tidak harus berlaku lebih-lebih lagi melibatkan ‘scammer’ yang diragui mempunyai daya intelek yang lebih tinggi.

Profesor Madya Teknologis Profesional Dr. Ramzah Dambul melalui akaun Facebooknya Rem Dambul telah membuat satu hantaran mengenai hal ini.

Menurut beliau, golongan yang mudah sangat kena ‘scam’ ini wajar disebut sebagai “berpelajaran tinggi” sahaja dan bukannya “berpendidikan tinggi”.

Apa pula bezanya? Jom ikuti perkongsian beliau. Semoga kita sama-sama dapat dijauhi dari kena ‘scam’.

Kena Scam

TERPELAJAR vs TERDIDIK

Saya pun dari dulu hairan mencanak, sampai tahap ginjalku gatal-gatal. Orang yang ada ijazah bersusun-susun, belajar sampai ke universiti-universiti teragung — masih boleh terpedaya dengan modus operandi scam murahan.

Apa bah masalah you all ini? Otak hilang tercicir di kebun keladi ka, sewaktu umur tujuh tahun? Sampai tua kederat masih tidak jumpa balik…

Senang sangat percaya dengan skim-skim cepat k̷a̷y̷a̷p̷ kaya. Ya, mudah terjebak pada penipuan-penipuan yang tidak boleh ditapuk. Yang sepatutnya bila dengar saja pun, sudah terlondeh segala ciri-ciri pembohongan.

Tapi itulah masalahnya. Bila mata sudah dikaburi segala umpan materi, bila hati sudah lunyai bergulat kilau ringgit — tahi sapi di tepi jalan pun, kenampakan seperti kek cheese terpaling sedap.

Saya fikir istilah “berpendidikan tinggi” itu salah. Patut kena guna “berpelajaran tinggi”. Terpelajar tidak sama dengan terdidik. Pelajaran hanya memberi kita informasi dan pengetahuan. Tapi pendidikan memberi kita hikmah, wisdom dan common sense.

Proses BELAJAR itu cuma berlaku di institusi ilmu yang menawarkan kurikulum formal: misalnya di sekolah, kolej, universiti dan pusat-pusat latihan. Tapi PENDIDIKAN berlaku secara informal dalam segenap domain kehidupan: di rumah, di tempat kerja, di medan awam, dan di mana-mana saja.

So kesimpulannya, tidak semestinya semua yang berpelajaran tinggi itu, akan berpendidikan tinggi juga. Ramai orang yang terpelajar, tapi tidak terdidik. Begitu juga, ada ramai yang sangat terdidik, walaupun tidak terpelajar.

#RemBebel

BACA: Elak Dari Jadi Mangsa Scam ‘Sifu Hartanah’, Ketahui Cara Mereka Beroperasi

Sumber: Facebook Rem Dambul