‘Terlalu Memilih Lokasi Punca Siswazah Menganggur’, Kenyataan Menteri KSM Sekali Lagi Buat Netizen Marah

‘Terlalu Memilih Lokasi Punca Siswazah Menganggur’, Kenyataan Menteri KSM Sekali Lagi Buat Netizen Marah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

“Terlalu memilih lokasi punca siswazah menganggur.” – Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia, Awang Hashim.

Kenyataan Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia, Awang Hashim hari ini telah menimbulkan kemarahan netizen di laman media sosial.

BACA: Saranan Persekutuan Majikan Supaya Graduan Lebih Fleksibel Pilih Pekerjaan Undang Kritikan

Kata beliau, kerana terlalu memilih lokasi untuk memohon pekerjaan siswazah di Malaysia berdepan dengan masalah kegagalan utama mereka mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian.

Graduan UTM Paling Laris Dalam Pasaran Kerja 2

Selain daripada itu, beberapa punca utama lain turut dikesan, antaranya:

  • kemahiran insani yang rendah
  • gagal mendapat maklumat mengenai kekosongan jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan kursus yang dimiliki
  • kelulusan (CGA) yang rendah
  • ketidaksepadanan di antara bidang pengajian dengan pasaran kerja

Kenyataan ini dikeluarkan sebagai jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan Senator Idris Ahmad mengenai statistik dan data berkenaan pengangguran dalam kalangan siswazah yang memiliki ijazah pertama sejak 2015 hingga Julai lalu semasa sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.

Menurut Awang, berdasarkan Laporan Statistik Siswazah 2016, jumlah siswazah yang menganggur adalah seramai 145,800 orang (4%) dan menurun peratusannya kepada 3.9% (161,3000 orang) dan kekal pada peratusan yang sama pada 2018 dengan jumlah seramai 170,300 orang.

Di media sosial, ramai yang mengecam kenyataan yang dikeluarkan Awang.

https://twitter.com/TheChekMad/status/1305743984463982592

https://twitter.com/FattKhim/status/1305755379444326400

https://twitter.com/neorackle/status/1305749155034226690

Bukti graduan tak memilih.

Awal Ogos lalu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan telah mengeluarkan kenyataan adalah lebih baik ada peluang pekerjaan dengan gaji yang rendah daripada tiada kerja langsung dalam keadaan ekonomi kini yang tidak menentu.

BACA: Gaji Bulanan Menteri Sumber Manusia Jauh Lebih Tinggi Daripada Perdana Menteri

Disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ekonomi Malaysia dijangka mengalami kerugian sehingga RM63 bilion dengan jumlah harian sebanyak RM2.4 bilion sehari.