Foto Editor Odisi

Terlalu Manja Dan Banyak ‘Demand’, Elak Dari Jadi Calon Interviu Yang ‘Confirm’ Kena ‘Reject’ Seperti Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Satu perkongsian yang amat mencuit hati telah dibuat di Facebook mengenai karenah anak-anak muda zaman sekarang ketika sesi temuduga pengambilan pekerja.

Perkongsian tersebut telah dibuat oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan yang menceritakan tentang pengalamannya sendiri yang pernah diberi tanggung jawab untuk mengendalikan temuduga.

Mungkin tidak ramai, tetapi melalui perkongsian beliau, didapati ada di antara calon yang telah disenarai pendek tersebut terlalu banyak songeh dan jelas mengada-mengada.

Seolah-olah terlalu manja dan semuanya ingin ‘disuap’, melalui tinjauan di ruangan komen juga, didapati ramai sebenarnya yang pernah menghadapi situasi yang sama.

BACA: Di Negeri Ini Dapatkan Teman Wanita Lebih Mudah Daripada Cari Kerja

Adakah ini merupakan ‘rupa sebenar’ generasi muda zaman sekarang yang akan memimpin dan menerajui negara pada masa akan datang?

Ikuti hantaran Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan yang telah diambil dari beberapa siri ciapannya di Twitter.

Tangkap layar dari Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan
– Tangkap layar dari Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan

Saya ada handle temu duga pengambilan pekerja dan ada jumpa calon-calon yang… UNIK.

1) Wakilkan emak untuk sesi interview.

Yang e-mel resume, telefon dapatkan maklumat dan datang temu duga adalah emak kepada calon. Calon tak dapat datang kerana sedang bercuti.

2) Hanya akan bekerja jika kami buka cawangan dekat dengan rumahnya.

Duduk di daerah lain. Tidak dibenarkan oleh keluarga untuk berpindah ke kawasan berdekatan tempat kerja. Saran kami buka cawangan di daerah tempat tinggalnya.

3) Mohon semua kemudahan disediakan untuknya.

Calon tiada lesen memandu dan kenderaan. Mohon syarikat sediakan pengangkutan pergi dan pulang, atau sediakan penginapan, serta sediakan makanan ketika berkerja.

Terkejut bila saya kata kosnya akan ditolak dari gaji.

4) Meletakkan banyak syarat kepada syarikat.

Syarat yang diberi pada kami berkaitan masa bekerja, jadual cuti, rakan sekerja, kenaikan gaji dan sebagainya. Saya pun tidak pasti, sama ada calon yang memohon kerja, atau kami yang memohon jadi majikan beliau.

Banyak lagi kes-kes unik ni, tapi tak dapat dikongsikan semua.

Apapun, semasa temu dugalah, proses nak lihat sama ada pekerja dan majikan serasi atau tidak.

Maka, dua-dua pihak berhak bertanya, memohon, menerima atau menolak tawaran.

Saya ambil kesempatan ini untuk doakan semoga kalian yang ikhlas mencari pekerjaan, akan dapat kerja yang kalian idamkan, majikan yang memahami dan rakan sekerja yang menyenangkan.

BACA: Ini Sebab Mengapa Resume Elon Musk Patut Jadi Contoh Kepada Pencari Kerja Di Seluruh Dunia

Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan