
Terjejas Teruk Akibat Pandemik COVID-19, Genting Jual Zouk RM42 Juta
Wabak pandemik COVID-19 menyaksikan pendapatan syarikat Genting Hong Kong terjejas teruk.
Ditambah pula dengan perkhidmatan pub dan bar masih lagi belum boleh beroperasi di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, Zouk Group yang merupakan anak syarikat Genting Hong Kong dikatakan akan dijual kepada syarikat Malaysia, Tulipa bagi menjana semula pendapatan syarikat.
BACA: Belanda Buka Semula Kelab Malam, Kena Jaga Jarak Dan Tak Boleh Galak Berjoget Seperti Selalu
Penjualan kepada syarikat yang dimiliki oleh Lim Keong Hui, anak kepada pemegang saham Genting Hong Kong, Lim Kok Thay merupakan salah satu usaha syarikat melupuskan aset bukan teras dengan harga RM42.4 juta.
Dengan harga penjualan tersebut, dikhabarkan Genting mampu menjana keuntungan sekitar RM3.5 juta.
Pandemik COVID-19 menyebabkan Genting Hong Kong terpaksa menangguhkan pembayaran kepada pemiutang akibat daripada masalah aliran tunai yang dihadapi.
Masalah aliran tunai juga menjadikan Kok Thay menawarkan semua saham pegangannya dalam Genting Hong Kong sebagai jaminan untuk pinjaman.

Dijual kepada Genting Hong Kong pada tahun 2015, Zouk Group yang juga merupakan pemilik rangkaian burger Five Guys di Plaza Singapura merupakan salah satu kelab malam terkemuka di dunia.
Menurut satu laporan daripada Bloomberg, Genting mencatatkan kerugian bersih sekitar RM3.07 bilion, sebahagian besar daripada adalah berpunca daripada penutupan pelabuhan yang memaksa kapal persiaran di seluruh dunia menggantung operasi.
Dalam tempoh itu juga, pendapatan Genting telah merosot sebanyak +-RM2.084 bilion (USD503 juta) iaitu daripada +-RM3.02 bilion (USD729.2) kepada +-RM937 juta (USD226.2 juta).