
Terima Ugutan Akan Dikantoikan, Pakar Bedah Palsu Ini Ditahan Selepas Buat Laporan Polis
Terima Ugutan Akan Dikantoikan, Pakar Bedah Palsu Ini Ditahan Selepas Buat Laporan Polis
Isu penipuan sijil kedoktoran di India bukanlah satu perkara yang baru lagi.
BACA: Pernah Pimpin Kem Perubatan, Penipuan Doktor Palsu Lulus Darjah 5 Ini Akhirnya Terbongkar
Sebelum ini sudah beberapa kali kegiatan penipuan mereka dibongkarkan, namun sehingga kini, isu penipuan sijil kedoktoran tetap berlaku di sana.
Antara yang paling gila apabila pihak berkuasa India berjaya membongkar penipuan seorang lelaki, Om Pal, 51 tahun yang sudah pun bergelar ‘doktor’ selama 10 tahun.
Om Pal menyamar sebagai pakar bedah palsu menggunakan identiti Dr Rajesh R yang merupakan pemegang ijazah kedoktoran yang sah tetapi tinggal di luar negara.

Mendedahkan sudah melakukan 70,000 pembedahan semasa bergelar pakar bedah lulusan Universiti Mysore, Om Pal memulakan kerjayanya pada awal tahun 2000 sebagai paramedik di hospital pangkalan tentera udara di Mangalore.
Selepas pencen, beliau yang turut memiliki beberapa sijil dan diploma dalam bidang pembedahan ini kemudiannya dilantik secara kontrak di Pusat Kesihatan Komuniti.
Penipuannya terbongkar apabila beliau melakukan laporan polis bagi mendapatkan bantuan selepas mendapat panggilan yang memeras ugutnya untuk menyerahkan INR40,100,000 (+-RM2,238,940) sebagai balasan untuk menutup mulut mengenai identiti beliau.
“Om Pal yang merupakan tokoh terkenal di daerah Deoband boleh menipu masyarakat di sana disebabkan daerahnya yang kecil.
Terlampau yakin bahawa beliau tidak bersalah menyebabkan Om Pal nekad untuk melakukan laporan polis.”
Sebelum ini, Menteri Penerbangan Pakistan, Ghulam Sanwar mendedahkan data laporan nahas pesawat Pakisan International Airlines (PIA) PK8303 mendapati hampir separuh daripada juruterbang di Pakistan tidak mempunyai lesen penerbangan yang sah.
Baca lanjut: Hampir Separuh Daripada Juruterbang Pakistan Tiada Lesen Penerbangan Sah – Laporan Nahas Pesawat
Trending now



