Terima Notis Cukai Tertunggak Dari LHDN, Netizen Terhibur Lihat Nilainya Cuma 98 Sen 2

Terima Notis Cukai Tertunggak Dari LHDN, Netizen Terhibur Lihat Nilainya Cuma 98 Sen

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Netizen terhibur lihat nilai notis cukai tertunggak dari LHDN yang diterima lelaki ini.

Perkongsian seorang lelaki di Twitter menarik perhatian apabila beliau memuat naik notis tuntutan cukai tertunggak daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi tahun 2018 hingga 2020.

Namun amaun yang dituntut pihak berkenaan dalam notis cukai tertunggak LHDN dijadikan jenaka kerana nilanya ialah RM0.98.

Terima Notis Cukai Tertunggak Dari LHDN, Netizen Terhibur Lihat Nilainya Cuma 98 Sen 1
Sumber: @mhdafq

Sekiranya gagal menjelaskan jumlah tersebut dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis dikeluarkan, beliau mungkin akan dikenakan tindakan undang-undang termasuk writ penyitaan dan penjualan harta/kebankrapan/penggulungan syarikat diambil tanpa sebarang notis kepadanya.

Manakala, segala kos dan perbelanjaan yang berkaitan dalam menuntut hutang tersebut pula akan ditanggung beliau.

Dalam satu hantaran yang dibuat di Twitternya, @mhdafq secara berseleroh mengimaginasikan dialog sekiranya nilai berkenaan adalah hutang yang berlaku di antara rakan-rakan.

Ali: Aku ada hutang kau RM0.98 kan?
Abu: Takpe aku halalkan je, berapalah sangat.

Antara reaksi netizen berkenaan hantaran tersebut:

Tahukah anda, di media sosial Facebook, sebuah kumpulan Facebook ‘LHDN CARI SIAPA HARI INI?’ telah ditubuhkan.

Ditubuhkan dengan tujuan menyokong mereka yang ‘diganggu’ agensi yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) semasa rakyat yang semakin susah dan miskin di saat negara sedang menghadapi pandemik.

Sebelum ini tular berkenaan kes, admin kumpulan berkenaan,  Aliff Ahmad dalam satu pertemuan perbincangan bersama pihak LHDN, beliau telah mengemukakan 18 tuntutan yang membawa suara rakyat marhaen.

Antaranya:

  1. Menuntut pihak LHDN bersikap mesra terhadap pembayar cukai di mana-mana tempat dan keadaan.
  2. Menuntut pihak LHDN melayan pembayar cukai sebagai WIRA NEGARA bukan PENJENAYAH.
  3. Menuntut pihak LHDN menjalankan SOP secara telus dan tersusun.
  4. Menuntut pihak LHDN menerima kritikan dan tidak berdendam kepada rakyat.
  5. Menuntut pihak LHDN sedar yang pihak mereka tidak maksum.
  6. Menuntut pihak LHDN mempunyai sifat manusiawi (sympathy) dan insani (empathy).
  7. Menuntut pihak LHDN melahirkan pegawai yang punya nilai timbang rasa dan akal budi yang tinggi.
  8. Menuntut pihak LHDN memahami B40, M40, usahawan SME dan startup, dan denyut nadi rakyat.
  9. Menuntut pihak LHDN menggunakan ruang budi bicara seluas mungkin untuk membantu rakyat marhaen.
  10. Menuntut pihak LHDN tidak mengambil kesempatan terhadap mereka yang jahil (ignorance) tentang cukai dengan memanipulasikan keadaan mereka dan menindas mereka demi mengejar KPI dan bonus.

Baca lanjut di: 18 Tuntutan Yang Dibawa Admin Kumpulan ‘LHDN Cari Siapa Hari Ini?’ Semasa Pertemuan Bersama LHDN