
“Terima Hakikat Kelantan Negeri Termiskin Di Semenanjung, Ke-3 Di Malaysia”
Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Mohd Radzi Md Jidin berkata walaupun statistik kadar kemiskinan di Kelantan menyamai purata kemiskinan peringkat nasional, iaitu 0.4%, hakikatnya masih ada kumpulan yang ketinggalan.
BACA: #KelantanKindness ‘Trending’ Bukti Rakyat Kelantan Masih Ada Sisi Positif
Pada bulan Jun 2019, jumlah miskin tegar di Kelantan mencatatkan 6,218 orang manakala miskin ialah 31,217 orang menjadikan Kelantan kekal sebagai negeri termiskin di Semenanjung selepas Sabah dan Sarawak.
Mohd Radzi yang berucap di Kongres Sosioekonomi Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) meminta agar hakikat ini diterima, tambah pula dengan data e-Kasih yang menunjukkan rakyat Kelantan sebagai penerima tertinggi pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Berdasarkan kajian pada 2016, bantuan daripada kerajaan dan kiriman wang daripada anak-anak di luar Kelantan merupakan antara komponen utama punca pendapatan isi rumah yang membantu ekonomi negeri.
Beliau memberitahu tiada pihak perlu dan akan disalahkan dalam isu ini, sebaliknya melalui program itu diharapkan agar rakyat Kelantan dapat merasai apa yang dirasai di seluruh negara kerana negeri serambi Mekah ini berpotensi untuk dimajukan.
Kelantan kaya dengan modal insan berkemahiran terutamanya daripada segi pertanian dan perternakan, tanah yang luas serta kebudaayaan dan warisan negeri yang unik dan menarik.
Sumber: The Malaysian Insight
Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B0_IQwuleBF/