Bina 11 Bonggol Guna i-Sinar

Terganggu Dengan Bunyi Kenderaan Jiran, Lelaki Guna Duit i-Sinar Bina 11 Bonggol Atas Jalan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Umumnya, jiran adalah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang atau tetangga.

Hidup berjiran memerlukan semangat kejiranan – merujuk kepada tahap keakraban dalam hubungan sesama jiran.

Namun lain halnya yang berlaku di sebuah kampung di Jerteh, Terengganu sehingga kisah mereka tular di media sosial.

Tular di media sosial, seorang individu dikenali sebagai Cikgu Li berkongsi gambar jalan laluan masuk ke rumahnya dibina bonggol, bukan satu tapi 11 bonggol.

Difahamkan, binaan 11 bonggol itu dilakukan oleh jirannya yang mengatakan terganggu dengan bunyi kenderaan Cikgu Li dan segelintir pemandu yang berulang alik menggunakan jalan tersebut tanpa mengira masa.

Jiran terganggu, ada masalah kesihatan

“Bilik tidur saya berada di bahagian tepi yang berdekatan dengan jalan itu menyebabkan bunyi bising kereta dan motosikal mengganggu tidur.

“Saya tertekan sangat dengan masalah ini tambahan pula saya mempunyai masalah kesihatan (gangguan mental) tetapi belum lagi mendapatkan rawatan”, kata Nor Muhamad Roslam.

Mengikut hantaran yang tular di Facebook, Muhamad Roslam berkata dia sudah banyak kali menegur Cikgu Li agar tidak memandu laju melalui rumahnya.

Roslam terganggu dengan bunyi kereta Cikgu Li yang keluar masuk sehingga lewat malam dan mengganggu tidurnya, apatah lagi dia kini ada masalah kesihatan.

Bina 11 Bonggol Guna i-Sinar
Sumber: FB

“Aku tiada niat nak buat bonggol ni, tak tak hingin pun nak buat sebenarnya. Tapi aku dah tak tahan sangat dengan Cikgu Li (rumah di hujung sana).

“Mereka bawak kereta laju (keluar masuk) dari waktu pagi sampai waktu malam. Jangan dengar sebelah pihak je, Cikgu Li kata aku acu parang kat dia waktu subuh tapi dia takde bukti pun.

“Dari subuh sampai ke 3 pagi dia keluar masuk guna jalan ini, dengan laju. bayangkan lah..

“Ini rumah aku, aku orang miskin bukan macam Cikgu Li orang kaya ada kereta 6 7 buah,” luahnya.

Bina 11 bonggol guna duit i-Sinar

Kata Roslam, dia mahu membina bonggol yang landai sahaja tetap tar yang digunakan itu cepat mengeras menyebabkan ia menjadi bonggol tinggi sehingga tidak boleh dilalui semua kereta kecuali pacuan empat roda.

Dia membelanjakan sebanyak RM1,080 daripada pengeluaran RM5,000 wang i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membina bonggol-bonggol tersebut.

Sementara itu, Cikgu Li menafikan bahawa dia dan segelintir pemandu membawa kenderaan dengan laju kerana di jalan itu sudah ada dua bonggol sebelum melepasi rumah jirannya itu.

Katanya, jalan itu dibina atas tanah rezab jalan

Menurut Cikgu Li, jalan itu dibina atas rezab jalan, bukannya atas tanah milik persendirian.

Bina 11 Bonggol Guna i-Sinar
Sumber: FB

Bagaimanapun, berdasarkan kenyataan Roslam, tanah di kawasan itu adalah tanah milik ibunya dan tidak dipecah lot.

“Bila pecah lot dia automatik jadi rezab jalan. Kalau tak dia takkan jadi rezab jalan. Tapi mak aku bagi sedekah (bina jalan) untuk orang belakang lalu.

“Tapi sebab jadi macam ni, nasihat pun tak dengar, jadi aku habiskan duit RM1100 untuk beli tar untuk buat bonggol ini.

“Majlis Daerah Besut datang, memang aku salah. Memang kena buang balik bonggol tar ni. Tapi kemungkinan besar mak aku pun nak tutup jalan ini,” kata Roslam.

Kekecohan yang berlaku bagaimanapun diakhiri dengan permohonan maaf dari Roslam yang mengakui kesilapannya membina bonggol sehingga menyusahkan penduduk.

Kesemua 13 bonggol, termasuk dua bonggol asal yang ada di situ telah diratakan apabila pihak berkuasa telah datang melihat situasi berkenaan.

Sumber: Harian Metro, Asia Kini, Ahmad Fadzli Fauzi