
Terengganu Kuat Kuasa Operasi Buru ‘Kaki Ponteng’ Solat Jumaat
Enam orang lelaki yang dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Terengganu, Kuala Berang, Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sebulan gara-gara sengaja ponteng menunaikan solat Jumaat.
Perbuatan yang dilakukan Ogos lalu diakui oleh kesemua tertuduh Muhammad Aliff Fikri A Mazzani, 19, Muhamad Hafizi Abdul Razak, 22, Abdul Malek Mohd, 25, Khairul Azle Abdul Rasid, 35, dan dua remaja berusia 17 tahun itu dibicarakan oleh Hakim Syarie Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof.
Semua tertuduh didakwa berada di kawasan perkelahan Air Terjun Sekayu, jam antara 1 hingga 1.50 tengah hari pada 23 Ogos lalu hasil operasi yang dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di kawasan berkenaan.
Mengikut Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) pindaan 2016 kerana tidak menunaikan solat Jumaat boleh memperuntukkan denda maksimum RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun jika disabitkan kesalahan.
Sejurus selepas pengakuan direkodkan, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,500 dan sebulan penjara kepada Khairul Azle, bapa kepada dua anak manakala lima yang lain masih bujang dijatuhi hukuman denda RM2,400 dan sebulan penjara.
Sekiranya gagal membayar denda, semua tertuduh bakal berdepan dengan hukuman tambahan enam bulan penjara.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Syarie Nurul Taqwa Hasbul, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.
Sumber: Harian Metro
Trivia terminator.
Trivia Terminator
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.