
Terdesak Perlu Duit, Khalid Jamlus Reda Lepaskan Trofi Kasut Emas
Selepas tiga tahun tidak bekerja menjadikan bekas penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus terpaksa reda melepaskan beberapa koleksi yang dikumpul sepanjang bergelar pemain profesional termasuklah sebuah trofi kasut emas yang dimenangi pada tahun 2002 selepas menjuarai saingan Liga Perdana (Liga Super) kerana terdesak perlu duit.
BACA: Perak Negeri Pertama Lancar Pawagam Pandu Masuk Di Malaysia
Terdesak perlu duit selepas tiga tahun tidak bekerja biarpun memiliki lesen kejurulatihan kelas B, trofi yang dijual melalui bidaan secara langsung di Facebook itu berjaya dijual dengan nilai RM10,500.
Selain daripada trofi tersebut, Khalid yang merupakan bekas pemain Perak dan Selangor juga terpaksa reda melepaskan jersi dan medal kemenangan.
Khalid pernah mencatakan rekod dengan merangkul trofi kasut emas selepas berjaya menjaringkan gol sebanyak 17 kali pada 2002. Kali terakhir beliau memimpin pasukan dalam saingan Liga Malaysia adalah pada tiga tahun lalu sebagai penolong jurulatih PDRM FA.
Jualan menerusi bidaan Facebook itu kemudian mendapat perhatian Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal yang menjemputnya hadir ke pejabat bagi mengetahui dengan lebih lanjut masalah yang dihadapinya.
Terkini, kasut emas Khalid sudah mencecah bidaan RM50,000.
Biarpun sudah berpindah milik, Khalid mahu terus melupakan barang kesayangannya dan tidak bercadang mahu membeli kembali walaupun sudah memiliki pekerjaan tetap atau sumber kewangan yang kukuh kelak.
Ini bermakna, kesemua pembida barangan Khalid sebelum ini tak perlu bimbang dan boleh terus menyimpan barangan bidaan mereka selamanya.
One comment
Comments are closed.
[…] ini bukan kes baharu membabitkan kesempitan hidup bekas atlet ternama terutamanya yang pernah bergelar atlet […]