
Terdesak Mahu Dapatkan Rawatan Percuma, Lelaki Ini Sanggup Rompak $1 Dari Bank
Tahukah anda ada kejadian seorang lelaki yang me rompak bank hanya untuk mendapatkan rawatan kesihatan secara percuma?
Dalam kejadian berlaku di North Carolina pada Jun 2011, James Verone membuat pengakuan bahawa beliau merompak bank adalah kerana mahu menjalani pembedahan di punggung dan kakinya selain daripada ketumbuhan di dadanya.
Semasa kejadian, Verone berusia 59 tahun.
Beliau masuk ke sebuah bank di Gastonia dan menyerahkan nota menuntut $1 daripada juruwang bank.
“Ini adalah rompakan bank, tolong berikan saya satu dolar sahaja.”
Selepas mendapat wang yang dituntut, Verone dengan tenang memberitahu juruwang yang beliau akan duduk di kerusi untuk menunggu kedatangan polis.

Dengan jujurnya Verone memberitahu polis bahawa beliau ingin masuk ke penjara kerana beliau tahu pastinya di penjara sakit kanser pankreas yang dialaminya akan dirawat tanpa perlu dibayar.
Sebelum melakukan rompakan, Verone sempat mengirim sepucuk surat ke media Gaston Gazette memaklumkan mengenai rompakannya dan meminta untuk ditemu ramah wartawan di penjara.
Dalam temu bualnya, Verone memberitahu wartawan beliau kehilangan pekerjaannya selepas 17 tahun bekerja bersama dengan insuran kesihatannya dan me rompak bank adalah salah satu jalan keluar mudah untuk mendapatkan rawatan.
Verone yang sudah berpencen daripada pekerjaannya sebagai pemandu merancang untuk kekal berada di penjara sehingga usianya 62 tahun dan menerima faedah keselamatan sosial.
Namun menurut media, selepas menjalani hukuman penjara sekitar 12 bulan, Verone kini menjalani kehidupan di rumah perlindungan sedang menulis pengalamannya dalam bentuk buku dengan harapan dapat membolehkan beliau menjana pendapatan daripada jualannya.
Di penjara juga, Verone mengetahui bahawa sakit yang dialaminya itu bukan kanser, tetapi masalah kesihatan lain yang agak serius.