Terbiar Lebih 20 Tahun, Kisah Hospital Xinling Diadaptasi Dalam Filem Seram ‘Hospital’ 6

Terbiar Lebih 20 Tahun, Kisah Hospital Xinling Diadaptasi Dalam Filem Seram ‘Hospital’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Elemen seram dan hospital memang tidak dapat dipisahkan. Kali ini berkisar tentang Hospital Xinling.

Dalam senarai terbaharu yang trending di Netflix, filem seram Taiwan, Hospital menjadi pilihan penonton dan penggemar filem seram.

Diadaptasi dari kisah benar, filem Hospital mengisahkan mengenai sebuah hospital tinggal di Tainan.

Terbiar Lebih 20 Tahun, Kisah Hospital Xinling Diadaptasi Dalam Filem Seram ‘Hospital’ 4

Pengunjung yang pada awalnya datang mengunjungi hospital berkenaan untuk berkomunikasi dengan roh dan semangat keluarga mereka diganggu makhluk ghaib.

Dengan durasi satu jam 29 minit, filem yang diratingkan sebagai tontonan 18 tahun ke atas ini dibintangi pelakon hebat Taiwan Lin Po-Hung, Tai Bo dan Jacqueline Zhu.

Terbiar Lebih 20 Tahun, Kisah Hospital Xinling Diadaptasi Dalam Filem Seram ‘Hospital’ 5

Untuk pengetahuan anda, Hospital Xinling yang menjadi lokasi utama penggambaran ini merupakan hospital terbesar di bandar Tainan dan terbiar lebih dari 20 tahun.

Dibuka untuk perniagaan sejak 1975, hospital ini terpaksa ditutup pada tahun 1993 selepas terlampau banyak skandal termasuklah yang melibatkan penyelewengan perubatan, catatan palsu dan tuduhan kematian yang salah.

Terbiar Lebih 20 Tahun, Kisah Hospital Xinling Diadaptasi Dalam Filem Seram ‘Hospital’ 1
Sumber: Alexander Synaptic

 

seram
Sumber: Alexander Synaptic

 

seram
Sumber: Alexander Synaptic

Proses undang-undang yang berterusan menyebabkan pepecahan dalam pemilikan seterusya menjadikan ia terbengkalai sehingga ke hari ini.

Memiliki kisah seram yang tersendiri, orang awam memberitahu selain daripada pernah terlihat entiti perempuan rambut panjang memandang ke luar tingkap, suara menangis yang mendayu-dayu juga sering didengari dari bangunan tersebut.

Buat peminat filem seram, sebelum anda tonton filem Hospital di Netflix, apa kata anda tonton dahulu trailernya di pautan bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=2qes2LsjzCI

BACA: ‘Night Stalker: The Hunt for a Serial Killer’ Cerita Mengenai Mangsa Pembunuh Bersiri Ramirez