Masjid Kristal Terkini

Terbengkalai Atau Masih Baik Pulih? Perkongsian Keadaan Terkini Masjid Kristal Cetus Bualan Netizen

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Terbengkalai Atau Masih Baik Pulih? Perkongsian Keadaan Terkini Masjid Kristal Cetus Bualan Netizen.

Masjid Kristal dahulunya pernah dinobatkan sebagai masjid ketiga tercantik di dunia dan diiktiraf sebagai masjid pintar pertama di Malaysia sering menjadi bualan orang ramai belakangan ini apabila melihat keadaan terkininya.

Dapat dilihat menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, @aazmeeriskndr yang memuat naik beberapa keping gambar ketika matahari terbenam di Masjid Kristal beserta kapsyen ‘The Abandoned Mosque, Masjid Kristal Terengganu’.

Kenyataannya itu meraih perhatian orang ramai yang rata-ratanya berasa terkejut dan sedih melihat keadaan terkini masjid yang menjadi salah satu tempat tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

Ada yang berkongsi mengatakan terdapat atap runtuh di kawasan dalam masjid yang menyebabkan masjid tidak dibuka untuk pengunjung bersolat tetapi masih boleh datang bergambar di kawasan luar.

Bagaimanapun, ada yang mengatakan bahawa Masjid Kristal sedang dalam proses baik pulih dan bukanlah terabai seperti yang didakwa. Namun, ia terus mencetuskan persoalan apabila diketahui proses penyelenggaraan sudah lama dijalankan sejak dua tahun.

Masjid Kristal Terkini
Sumber: Muhammad Hasbi

Dalam pada itu, netizen turut berkongsi kenangan mereka berkunjung ke masjid yang dibina menggunakan besi, kaca dan kristal dan berharap dapat merasai lagi pengalaman mengerjakan solat di masjid itu.

Masjid yang menelan kos bernilai RM22 juta dan telah beroperasi lebih 10 tahun ini difahamkan mengalami kerosakan teruk dan tidak diselenggarakan dengan baik sejak 2012.

Kerosakan juga disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti musim tengkujuh, lokasi masjid menghadap Laut China Selatan.

Pada 2019, Sinar Harian melaporkan kerja-kerja membaik pulih kerosakan Masjid Kristal sebanyak RM2 juta masih belum selesai disebabkan kekangan bajet dan perlu dilaksanakan oleh kontraktor yang berpengalaman.

BACA: Netizen Mula Persoal Projek Arab City, Melaka Yang Terbengkalai Sejak 2013