
Tentera Darat Malaysia Bakal ‘Sambut’ Ketibaan 6 Helikopter Tempur
Penghantaran sepasukan pakar ke Amerika Syarikat awal bulan lalu bagi tujuan konfigurasi dan penelitian aspek teknikal serta sijil penerbangan helikopter membawa kepada jangkaan penerimaan enam helikopter tempur seawalnya hujung tahun ini.
Helikopter tempur ringan baru jenis MD530-G ini merupakan helikopter buatan McDonnell Douglas yang berpangkalan di Amerika Syarikat dikatakan bakal digunakan oleh pasukan tentera darat.
Dijangka bakal ditempatkan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), helikopter tempur ini digunakan bagi membantu operasi pemantauan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah.
Terdahulu, baru-baru ini tular di media sosial mengenai papan maklumat tugu peringatan Jepun yang dikaitkan dengan gelaran wira kepada tentera Jepun yang menjajah tanah air.
Ramai yang mempersoalkan penggunaan gelaran hero atau wira kepada tentera Jepun seolah-olah kerajaan mengiktiraf penjajahan mereka.
Selepas menerima kecaman daripada pelbagai pihak, papan maklumat berkaitan perkara itu di tugu askar negara tersebut, segera diturunkan oleh Kerajaan Negeri Kedah.
Menurut Exco Pelancongan, Mohd Asmrul Anuar Aris, kerajaan negeri mahupun beliau sendiri tidak pernah mengiktiraf askar Jepun sebagai wira seperti didakwa sesetengah pihak dan menjelaskan kekeliruan itu ekoran kesilapan teknikal pihak berkaitan.
Tambahnya, kerajaan negeri juga tidak membelanjakan wang untuk pembinaan tugu terbabit.
Tugu itu sudah lama wujud semasa zaman penjajahan Jepun ke tanah air. Ia cuma dibaik pulih dan diperindahkan kawasan yang sebelum ini ditumbuhi semak. Semua kos baik pulih dibiayai pihak Konsul Jepun. Untuk maklumat lanjut, boleh layari artikel ini.
Sumber: FMT