
Tengku Zafrul Usaha Untuk Jadikan Kereta EV Mampu Milik
Peningkatan pengeluaran kereta EV atau elektrik sepenuhnya oleh pengeluar kereta pada masa kini sedang meningkat naik dengan laju sekali.
Seiring dengan peningkatan pengeluaran kereta, tempat pengecasan kereta EV di lokasi-lokasi terpilih juga turut mengalami peningkatan.
Walaupun begitu, harga bagi memiliki sebuah kereta EV bukanlah murah. Untuk model paling murah dalam kelasnya pun berharga dalam RM140,000 iaitu Ora Good Cat daripada pengeluar Great Wall Motors.
Penjimatan bahan api serta tiada cukai jalan ketika ini boleh dikira sebagai faktor patut beli kereta EV.
Namun, dengan tanda harga sebegitu, secara jujurnya, kereta berkuasa enjin petrol masih lagi menjadi pilihan rakyat kerana komitmen bulanan yang dikeluarkan masih lagi berpatutan.
Tengku Zafrul Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri dalam satu hantaran Twitter beliau menerangkan bahawa kerajaan dalam proses untuk menjadikan pemilikan kereta EV lebih mampu milik selepas membuat perbincangan dengan National EV Task Force (NEVTF).
EV cuma untuk orang kaya? In the National EV Task Force (NEVTF) Meeting ytd, we discussed ways to make EVs more affordable.
Compared to a few years back, we can see more #EV cars & chargers in MY. InsyaAllah, we will work hard to ensure EV’s affordability in the near future. pic.twitter.com/q76FY8oxDh
— Tengku Zafrul 🇲🇾 (@tzafrul_aziz) February 22, 2023
Sekiranya perkara ini berjaya dilaksanakan, kita bakal melihat lebih banyak kawasan pengecasan kereta EV akan dibina oleh pihak swasta. Sekali gus, akan membawa kepada penurunan harga kenderaan itu sendiri.
Diharap juga perusahaan automobil negara seperti Proton dan Perodua turut mampu membina kereta EV milik negara sendiri satu hari nanti.
BACA: RON95/97/100 – Mana Lebih Sesuai Dan Jimat Untuk Kereta Anda?