
Tengku Zafrul Perjelas Kesan Ekonomi Malaysia Terhadap Penutupan SVB & Silvergate Bank
Beberapa hari lepas, tular berita ekonomi dunia apabila bank syarikat pemula, Sillicon Valley Bank (SVB) dan bank syarikat kriptowan, Silvergate Bank ditutup.
Ia memberi impak kepada kesan ekonomi dunia, sekaligus menarik juga ekonomi Malaysia secara tidak langsung.
Tengku Zafrul Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) dalam satu hantaran Twitter beliau telah memberi penerangan kesan penutupan kedua-dua bank Amerika Syarikat kepada Malaysia.
Penutupan SVB & SilverGate Bank, Malaysia terkesan? Nak tahu jawapannya? Tonton video ni sampai habis. pic.twitter.com/nES3sCEVpM
— Tengku Zafrul 🇲🇾 (@tzafrul_aziz) March 15, 2023
Tengku Zafrul Perjelasan Kesan Penutupan Kedua-Dua Bank Tersebut Ke Atas Malaysia
Menurut perkongsian beliau, Malaysia tidak mempunyai bank yang berasaskan keperluan khusus seperti SVB dan Silvergate Bank. Maka, bank di Malaysia tidak akan menerima kesan yang sama seperti dua bank tersebut.
Kedua, Malaysia tiada kepentingan di dalam kedua-dua bank Amerika Syarikat itu, maka, untuk masa ini, tidak akan ada kesan yang ketara akan menimpa ekonomi Malaysia, melainkan kesan ‘knee-jerk’ atau ketakutan sementara para pelabur yang menarik keluar pelaburan mereka di dalam negara untuk jangka masa pendek sahaja.
BACA: Tengku Zafrul Usaha Untuk Jadikan Kereta EV Mampu Milik
Trending now



