2019 suhu paling panas bumi

Tempoh Lima Tahun Hingga 2019 Catat Suhu Paling Panas Bumi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jika anda masih tidak percaya dengan keadaan bumi yang semakin panas, mungkin kajian terkini mengubah fikiran anda.

Sebuah laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini mendapati dunia ketinggalan dalam usaha mengelak bencana iklim dengan suhu selama tempoh lima tahun sehingga 2019 dijangka menjadi paling panas dalam rekod.

Pertubuhan Kaji Cuaca Sedunia PBB memberi amaran, perubahan iklim semakin cepat berlaku dan pada kadar yang lebih buruk daripada yang diramalkan sebelum ini. Laporan sains yang menunjukkan keadaan bumi yang semakin panas, kenaikan paras air laut dan pencemaran karbon sejak beberapa tahun lalu.

2019 suhu paling panas bumi
Sumber: WION

Dapatan dalam laporan tersebut menunjukkan suhu sejagat telah naik 1.1 darjah Selsius sejak sebelum zaman perusahaan dengan kenaikan 0.2 darjah Selsius dicatatkan dalam tempoh hanya empat tahun antara 2011 hingga 2015.

Para saintis juga meminta perlunya tindakan segera kerana paras air laut didapati telah naik 5 milimeter setahun, sejak lima tahun lalu sejak rekod suhu mula disimpan pada 1850.

Sumber: MalayMail

 

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2VN0XoB7tS/