Filem tahfiz gay

Tema Filem ‘Tahfiz Gay’ Bukan Seperti Yang Ditularkan, Ini Kisah Sebenar…

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mengangkat tema ‘tahfiz gay’ ramai yang mengecam pihak produksi dan pihak yang terlibat dalam meluluskan filem ‘Demi Tuhan Aku Bersaksi’ untuk ditayangkan di peringkat umum.

Filem tahfiz gay 1

Didakwa memburukkan institusi keagamaan tahfiz, pihak produksi teruk dihentam kerana menggambarkan imej pelajar tahfiz yang berserban dan sering bersama Al-Quran sebagai kaki liwat dan gangster tahfiz seperti yang diperkatakan Rohidzir Rais.

https://www.facebook.com/rohidzir.rais/posts/10217119369271053

Belum lagi ditayangkan, ramai yang sudah mempunyai tanggapan yang salah terhadapnya. Menampilkan lakonan Syafie Naswip sebagai peneraju utama, filem ini diterbitkan oleh Fadzil Zahari, suami kepada pelakon terkenal Yana Samsudin dan adik kepada pelakon versatil, Farid Kamil.

Menolak dakwaan tersebut, salah seorang speaker di ML Studio, Mohd Fairuz Bin Abu bertanyakan sendiri kepada penerbit sama ada benarkah watak utama filem ini masuk ke tahfiz dan dicabul, diliwat akhirnya menjadi seorang mak nyah.

Filem tahfiz gay 2

Kata Fadzil Zahari, masyarakat banyak salah anggap hanya dengan melihat kepada poster. Filem ini mengisahkan mengenai seorang mak nyah yang kembali mencari Tuhan dan memilih tahfiz sebagai tempat untuk beliau berubah.

Tetapi di sana, beliau dihina sebagai kotor, pengamal LGBT dan kaum Nabi Luth yang menjalankan hubungan sejenis. Tangkapan layar babak tular bukanlah watak diliwat sebaliknya babak di mana watak utama diugut supaya keluar dari tahfiz tersebut.

https://www.facebook.com/akhifairuz/posts/2419183348149066

Belum lagi ditayangkan, netizen seakan sudah menonton filem ini berkali-kali apabila melakukan ulasan dengan panjang lebar tanpa mendengar daripada pihak produksi. Jadi netizen jangan cepat menghukum.

Apa hebatnya sesifikasi Vivo S1 ini? Kenalah tonton video.

VIVO S1 : Offical launch in Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.