
Telefon Legenda Boleh Lipat Motorola Razr Kini Dilancarkan
Jika sebelum ini kita diperkenalkan mengenai telefon pintar dengan skrin boleh lipat daripada Samsung iaitu Galaxy Fold, mungkin ia tidak dipandang lagi apabila legenda telefon boleh lipat iaitu Motorola Razr kini mengadakan kemunculan semula.
Motorola Razr, iaitu model telefon bimbit popular pada awal era 2000 muncul kembali dengan inovasi baharu tetapi tetap mengekalkan ciri telefon boleh lipat.
Model yang kini dimiliki Lenovo, dilengkapi dua skrin iaitu skrin 6.2″ OLED dengan gabungan RAM dan storan 6GB dan 128GB. Skrin sekundernya adalah bersaiz 800 x 600 sebesar 2.7″. Menjalankan sistem operasi Android 9 Pie, pemproses Snapdragon 710 dengan satu kamera hadapan dan satu kamera belakang yang turut berfungsi sebagai kamera swafoto apabila telefon terlipat.

Di bahagian pengimejan, kamera utama sebesar 16MP dan kamera hadapan sebesar 5MP di bahagian dalam pelipat telefon. Saiz bateri pula sebesar 2510 mAh dengan sokongan pengecasan 15W TurboPower.
Telefon ini bagaimanapun menggunakan e-SIM yang mana sedikit sukar untuk beroperasi jika memasuki pasaran Malaysia. Sudah dilancarkan pada 14 November, Motorola Razr boleh ditempah pada harga $1499 (~RM6233) bermula Disember ini dan mula dijual pada Januari 2020.
https://www.facebook.com/verge/videos/591168484959236/
Sumber: Amanz