
Telefon Bimbit Ganggu Kesuburan Dan Kuantiti Sperma Lelaki
Dunia zaman sekarang memang tidak boleh dipisahkan dengan penggunaan telefon bimbit. Pergi ke mana-mana untuk melakukan urusan apa-apa pun pastinya memerlukan kebergantungan kepada telefon bimbit.
Memang peranti ini banyak membantu dalam kehidupan seharian manusia, namun sedarkah kita penggunaan yang salah boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan?
Penyelidik di Klinik Cleveland mendapati bahawa penggunaan telefon bimbit dan peranti bebas tangan memberikan kesan membahayakan kepada kesuburan pengguna lelaki sekiranya mereka menyimpan alatan tersebut berhampiran dengan buah zakar.
Gelombang elektromagnetik radiofrekuensi mendedahkan buah zakar lelaki kepada bahaya kekurangan kuantiti sperma dalam air mani mereka.
Para penyelidik mengkaji sampel air mani yang dikumpulkan daripada 32 orang lelaki dan membahagikan setiap sampel untuk setiap orang kepada dua bahagian. Separuh diletakkan di radiasi frekuensi 850MHz dalam mod ceramah sepanjang satu jam dengan jarak 2.5cm.
Frekuensi tersebut dipilih berdasarkan rangkaian sinaran biasa yang dipancarkan dari telefon bimbit, biasanya antara 850MHz hingga 900 MHz. Jarak 2.5cm pula dipilih berdasarkan kepada jarak antara buah zakar dengan telefon bimbit di dalam poket seluar.
Hasil daripada kajian mendapati pendedahan kepada gelombang ini akan menghasilkan paras radikal bebas yang merosakkan, mengurangkan kualiti sperma daripada segi motilitas dan daya maju.
Pakar juga mendapati lelaki yang bercakap menggunakan telefon dengan bantuan alat peranti bluetooth selama tiga ke empat jam sehari berisiko besar mengalami kemandulan.
Bukan hanya telefon bimbit, malah haba daripada komputer riba yang diletakkan di atas riba juga boleh menyebabkan masalah yang sama.
Sumber: FMT, Dr Ashok Agarwal
Tengah cari komputer riba baharu? Cuba tonton review Asus Vivobook A512F.
Un-boxing and Reviewing Asus Vivobook A512F
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.