Telefilem ‘Mak… Nak Peluk Boleh’ Sarat Emosi, Tamparan Hebat Buat Ibu Bapa Bekerjaya

Ditayangkan pada 4 Januari lalu, telefilem ‘Mak… Nak Peluk Boleh’ yang ditayangkan di slot Cerekarama berjaya menyentuh emosi penonton, terutamanya daripada kalangan mereka yang bergelar ibu bapa.

Diarahkan oleh Rashid Sibir dan ditulis oleh Azlina Din, telefilem produksi Ansar Creative Media Sdn Bhd ini dibintangi oleh barisan pelakon berpengalaman seperti Nasha Aziz, Rita Rudaini, Norman Hakim, Fizz Fairus dan Ruminah Sidek.

View this post on Instagram

Dua generasi dekat di hati #MakNakPelukBoleh

A post shared by Nasha Aziz (@nashaaziz) on

Berkisarkan mengenai seorang wanita, Syafikah (lakonan Rita Rudaini) yang berpindah ke Kuala Lumpur bersama anaknya, Nelly (Dhia Irdina) kerana dinaikkan pangkat dan terpaksa berjauhan suaminya, Arul (Fizz Fairuz) di Sarawak.

Telefilem Mak Nak Peluk Boleh

Terlalu obses dengan kerja menjadikan Nelly sebagai tempat ibunya meluahkan stress, dan kesedihan menjadi mangsa kemarahan ibunya menyebabkan beliau meluahkan rasa pada gurunya di pusat nursery iaitu Cikgu Daisy (Nasha Aziz).

Telefilem Mak Nak Peluk Boleh 1

Hubungan mesra antaranya Nelly dan Cikgu Daisy menimbulkan rasa tidak senang Syafikah yang kemudiannya mengambil tindakan memindahkan Nelly ke nursery lain.

Secara keseluruhannya kisah daripada Pengarah Air Mata ini sememangnya memberi tamparan kepada sikap ibu bapa kini yang sentiasa sibuk dengan kerjaya sehingga menyebabkan anak-anak merasa tersisih. Antaranya babak Syafikah yang terlalu sibuk dengan telefon pintar sehingga mengabaikan anaknya.

Rupanya di sebalik terbinanya nursery CIkgu Daisy, ada kisah pahit yang menyebabkan beliau sebagai ibu simpan sendiri perasaan menyesalnya seumur hidup.

Tidak salah anda pentingkan kerjaya, namun jangan terlalu obses sehingga menyisihkan peranan sebagai seorang ibu dan bapa terhadap anak-anak, terutamanya pada anak-anak yang sedang meniti usia membesar.

Untuk ketahui mengapa telefilem ini diberikan nama ‘Mak… Nak Peluk Boleh‘ anda kena tontonnya sehingga tamat.