Cikgu Khat meninggal Dunia

Tekun Siapkan Tempahan Walaupun Sesak Nafas, Cikgu Izzuddin Meninggal Dunia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dua minggu lalu, tular mengenai kisah seorang lelaki yang menghidap kanser limfoma tahap empat gigih menjana pendapatannya melalui tempahan tag nama khat.

Lelaki Hidap Kanser Sara Kehidupan Dengan Tulisan Khat 4

Beliau yang lebih dikenali sebagai Cikgu Izzuddin atau Baguk dilaporkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira sekitar waktu Maghrib semalam (14 November, 8.05 malam) di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

BACA: Berjuang Lawan Kanser Tahap 4, Lelaki Ini Tabah Jalan Bisnes Tag Nama Khat Dari Katil Hospital

Meninggalkan seorang isteri dan dua anak lelaki, Sulaiman dan Isa, masing-masing berumur lima dan tiga tahun, kisah Cikgu Izzuddin ini menjadi perhatian ramai kerana kegigihan dan kekuatannya menjana pendapatan sendiri dengan kudrat yang tidak seberapa di atas katil hospital.

https://www.facebook.com/100001236962254/posts/2715590105158862?sfns=mo

Dijangka akan dikebumikan pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Pantai Dalam, jenazah Cikgu Izzuddin akan disolatkan di Masjid Jamek Al-Khadijah, Pantai Dalam.

Isteri Cikgu Izzuddin, Suzana Muhamad Tab, 34 tahun memohon maaf dan memberitahu pihak mereka akan memulangkan kembali wang tempahan yang sudah dibayar.

Meninggal kerana jangkitan paru-paru, arwah Cikgu Izzuddin sempat menyiapkan beberapa tempahan tag nama khat pelanggan walaupun dalam keadaan sesak nafas.

“Mereka yang sudah mendapat tag nama, itulah kenangan ditinggalkan.” – Suzana

Siapa sahaja yang tak kenal genre seram dari Stephen King.

12 Filem Adaptasi Terbaik Stephen King

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.